awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tiada masalah dengan perdana menteri - Ku Li

Bernama
Bernama
29/08/2015
08:18 MYT
Saya tiada masalah dengan perdana menteri - Ku Li
Tengku Razaleigh (gambar) berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Najib walaupun terdapat desas-desus segelintir pihak yang mahukan beliau menjawat jawatan nombor satu negara itu. -Gambar fail
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun terdapat desas-desus segelintir pihak yang mahukan beliau menjawat jawatan nombor satu negara itu.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata hubungan beliau dengan perdana menteri juga baik dan beliau sering berjumpa dengan Najib.
"Saya (ada) jumpa perdana menteri Ahad lepas. Kalau desas-desus ini, tak habis-habislah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Gua Musang di Dewan Bukit Chekati di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua UMNO bahagian Gua Musang Datuk Nozula Mat Diah.
Tengku Razaleigh turut mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-14 dan ini merupakan penggal terakhir beliau sebagai anggota Parlimen Gua Musang.
"Saya tak bersara (daripada politik) tapi saya tak nak (bertanding sebagai anggota Parlimen Gua Musang). Saya dah beritahu dekat Najib. Saya rasa ini penggal akhir sayalah dan saya harap mereka semua fahamlah. Saya bukan tongkat langit," katanya.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#najib
#Perdana Menteri
#tengku razaleigh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan