Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, sebaliknya kehadiran beliau di sini adalah sebagai Presiden PKR.
Beliau berkata polis yang mengiringi beliau sepanjang perjalanan ketika berkempen untuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bukanlah diminta sebaliknya ia tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Saya sedia maklum memang tidak boleh guna jentera kerajaan untuk berkempen, saya datang ke sini selaku Presiden PKR.
"Yang lain-lain polis itu semua kerana jawatan saya. Kata mereka (polis) itu adalah tanggungjawab mereka ke atas saya," katanya.ketika berucap pada Program Temu Mesra bersama kira-kira 50 penduduk Kampung Pengkalan Durian, Linggi dekat sini, hari ini.
Sementara itu, dalam pertemuannya bersama komuniti Cina Air Kuning, Linggi pula, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, memberi jaminan akan melihat semula bantuan ibu tunggal yang dipotong atau dihentikan.
"Saya dimaklumkan oleh Pengerusi PKR Air Kuning Liew Sai Tet bahawa sekarang ada masalah kerana ada ramai ibu tunggal yang dahulunya dapat bantuan tetapi sekarang telah dipotong.
"Saya akan tengok bagaimana kita boleh tolong tetapi kita kena ingat hutang negara pun banyak, sebab itu kena imbangi. Bagaimanapun orang susah tetap kita akan tolong," katanya.
Dalam pada masa sama, Dr Wan Azizah turut merayu agar rakyat di sini pergi mengundi pada 13 Okt ini dan mengundi Anwar bagi membolehkan Anwar kembali ke Parlimen dan membantu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara.
"Kita mahu ekonomi negara kita lebih kuat dan kukuh, Anwar pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik pada tahun 90-an dan beliau dapat membantu untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara apabila kembali ke Parlimen," katanya.
Bernama
Sat Oct 06 2018
Beliau berkata polis yang mengiringi beliau sepanjang perjalanan ketika berkempen bukanlah diminta sebaliknya ia tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. - fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
"Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa" - Wan Azizah, Anwar rai ulang tahun perkahwinan
Dr Wan Azizah mengiringi ucapan itu dengan catatan penghargaan ke atas kesetiaan hubungan perkahwinan bersama Anwar.
Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM
Badan kebajikan perlu teroka kawasan lain yang mempunyai gelandangan dan tidak mengambil jalan mudah dengan hanya fokus kepada satu tempat.
Cadangan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada wanita belum dibentang - Wan Azizah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia menimbang untuk memperuntukkan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada calon wanita.
Ambil langkah awal persediaan PRN Sarawak - Wan Azizah
Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) perlu mengambil langkah-langkah awal untuk menjalankan gerak kerja menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dalam masa satu atau dua tahun lagi.
Saya tidak guna jentera untuk berkempen di PD - Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen pada PRK Port Dickson.
Terap pendidikan bencana sejak kanak-kanak - Wan Azizah
Pendidikan bencana perlu diterap di kalangan kanak-kanak di negara ini sebagai persiapan awal berhadapan dengan sebarang kemungkinan bencana alam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Aziza
Kerajaan pusat lulus RM507,000 baiki sekolah rosak akibat ribut - Wan Azizah
Kerajaan persekutuan juga menyalurkan wang ihsan RM500 kepada 109 ketua keluarga yang rumah mereka terjejas akibat bencana itu.
Kerajaan adakan perbincangan meja bulat teliti perkahwinan bawah umur - Mujahid
Kerajaan dijangka mengadakan perbincangan meja bulat bagi membincangkan SOP yang lebih terperinci untuk dijadikan sebahagian daripada undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur.
Lebih 80 peratus pengasuh berdaftar tiada kelayakan KAP
Seramai 13,700 pengasuh berdaftar di taska seluruh negara tidak mempunyai kelayakan minumum Kursus Asuhan Permata (KAP).
Pengasuh di rumah akan terus dipantau
Kerajaan bercadang untuk menambah baik akta sedia ada termasuk Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan dapat dilakukan ke atas pengasuh di rumah.