awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak mahu melukakan hati sesiapa' - MB Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
12/12/2020
13:13 MYT
'Saya tidak mahu melukakan hati sesiapa' - MB Perak
Saarani berkata beliau sentiasa berpegang dengan nasihat dan kata-kata untuk tidak membuat keputusan bersendirian.
LENGGONG:Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menegaskan beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pihak berkuasa jika benar wujud salah laku dalam pentadbiran terdahulu.
Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata, mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan negeri di samping membantu rakyat yang memerlukan.
"Saya tidak mahu memulakan tugas saya dengan melukakan hati sesiapa.
"Saya bersangka baik dan jika terdapat apa-apa kesalahan atau salah laku yang dilakukan oleh sesiapapun termasuk saya, kita serahkan kepada pihak yang berwajib... SPRM..
"Sebab saya ingin menumpukan perhatian kepada membangunkan negeri, jika dicampur aduk dengan benda lain saya tidak boleh bagi fokus... tidak terfikir pun benda tu,"katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan jika ada kemungkinan pihaknya bercadang menyiasat kes salah laku pentadbiran kerajaan terdahulu.
Katanya lagi, beliau sentiasa berpegang dengan nasihat dan kata-kata untuk tidak membuat keputusan bersendirian.
"Saya sentiasa ingat nasihat supaya jangan salah guna kuasa, jangan kedekut, jangan sombong dan bermusuh dengan ketua jabatan serta kakitangan kerajaan," katanya.
Terdahulu, Saarani hadir majlis kesyukuran anjuran UMNO Lenggong di Dewan Kompleks Komuniti Desa KEMAS, di sini hari ini.
Yang turut hadir Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Perak
#Saarani Mohamad
#SPRM
#salah laku
#pihak berkuasa
#tak mahu lukakan hati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan