awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak terlibat dalam perancangan politik Mukhriz - Tun Mahathir

Bernama
Bernama
04/03/2023
11:21 MYT
Saya tidak terlibat dalam perancangan politik Mukhriz - Tun Mahathir
Susulan permohonan Pejuang untuk menyertai PN, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak terlibat dalam perancangan politik yang diatur anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga Presiden Pejuang. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Susulan permohonan Pejuang untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak terlibat dalam perancangan politik yang diatur anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga Presiden Pejuang.
Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang di sini hari ini, Dr Mahathir berkata Mukhriz bebas melakukan apa sahaja untuk parti yang diterajuinya ketika ini kerana Malaysia adalah negara demokrasi.
"Negara kita bebas. Dia (Mukhriz) boleh boleh buat apa sahaja, cuma sama ada disambut baik atau tidak, itu soal lain," katanya mengulas tindakan Mukhriz yang menghantar surat permohonan untuk menyertai PN.
Menurut laporan media, surat berkenaan telah diutuskan kepada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac lepas dan turut diberikan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau.
Dr Mahathir keluar daripada Pejuang yang diasaskannya pada 10 Feb lepas ekoran tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dan telah menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pada 1 Mac lepas.
Dr Mahathir berkata Putra akan dijadikan sebagai platform untuk beliau terus memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#perancangan politik Mukhriz
#Pejuang
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan