Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini terkejut dengan apabila tidak ada menteri atau timbalan menteri yang hadir untuk menjawab soalan lisan di Parlimen ini.
Beliau menyifatkan insiden tersebut sanggat janggal dan menggesa Speaker Parlimen, Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof membuat satu ketetapan berhubung perkara tersebut.
"Satu aksi menarik soalan sampai ke 13 tidak ada wakil kementerian yang jawab .Saya tahu menteri tidak ada tak sihat tapi sekurang-kurangnya ada timbalan menteri jawab soalan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Wee berkata ketiadaan menteri yang menjawab berlaku ketika pertanyaan lisan Ahli Parlimen Saratok, Ali Anak Biju meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status dan perancangan pihak kementerian berkenaan dengan keperluan pembinaan baru Ibu Pejabat Polis Saratok.

BACA: Tidak hadir Parlimen bukan isu besar - Muhyiddin
Tambah Ahli Parlimen itu lagi apa yang membuat beliau kesal, apabila Timbalan Speaker ketika itu Datuk Mohd Rashid Hasnon enggan membuat ketetapan dan hanya mengalihkan isu itu kepada kementerian untuk menjawab.
"Lepas itu saya guna peraturan mesyuarat 21 1 (8) pertanyaan boleh diarahkan kepada menteri berkenaan dalam hal jawatan dan urusan mereka. Sebab dalam Dewan Rakyat berbeza dengan Dewan Negara contoh kalau saya tak hadir boleh wakil."
Beliau juga membidas mengenai kehadiran menteri dan timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan yang sangat menyedihkan dan ia tidak sepatutnya berlaku terutama apabila kita persidangan Parlimen sedang membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11)
"Macam semalam saya tengok banyak kosong, waktu saya rasa kesal dalam waktu penting macam ini banyak menteri dan timbalan menteri tidak ada keluar negara. Mereka patut ada mana boleh tak ada, apa yang berlaku mereka kena datang di Parlimen," katanya.
"Jadi, saya minta Speaker atau timbalan buat satu ketetapan kalau mereka tak datang kata boleh menghina Dewan supaya boleh displinkan mereka, kita kena betulkan budaya ini," tambahnya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketidakhadiran menteri, timbalan menteri dan anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) ketika bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbahas di Dewan Rakyat semalam bukanlah satu isu yang besar.

Beliau berkata, perbahasan yang berlaku di dalam Dewan boleh dilihat dan dibaca semula melalui hansard Parlimen pada keesokan harinya.