KUALA LUMPUR: Mesyuarat Sekretariat Perpaduan yang diadakan malam tadi membincangkan persediaan memperkukuh jentera dan gerak kerja parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil mesyuarat yang dipengerusikan beliau itu akan dibentang dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR.
"Perbincangan malam ini berlangsung dengan cukup baik dan harmoni, juga adalah sebahagian daripada terjemahan kepada persefahaman yang intact, compact and functioning," katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Aiman Athirah Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung DAP Liew Chin Tong.
Pada 3 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor itu pada 11 Mei ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 27 April ini manakala pengundian awal pada 7 Mei.
Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Saifuddin Nasution berkata, perbincangan dalam Mesyuarat Sekretariat Perpaduan malam tadi berlangsung dengan cukup baik dan harmoni. - Facebook Saifuddin Nasution
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga - Anwar
Penerimaan kepada pandangan yang berbeza merupakan amalan yang sihat dalam memberikan orang ramai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan bertanding di kubu kuat parti, Uttar Pradesh
Rahul menghantar borang pencalonan untuk Raebareli pada Jumaat yang dihadiri ibunya Sonia Gandhi dan Presiden Parti Kongres Mallikarjun Kharge.
Azizulhasni raih motivasi hadapi minggu mencabar di Jepun
Azizulhasni menang dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional.
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kenaikan gaji penjawat awam bukan bahan kempen - Saifuddin
Saifuddin perkara itu sudah lama diteliti oleh Kerajaan Perpaduan dan ia dirancang untuk diumumkan pada 1 Mei lepas sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Sekretariat Perpaduan bincang perkukuh jentera PRK DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin Nasution
Hasil mesyuarat yang dipengerusikan Saifuddin Nasution malam tadi akan dibentang dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.
300 kanak-kanak warga asing ditempatkan di tiga Baitul Mahabbah
Baitul Mahabbah itu terletak di Nilai, Negeri Sembilan; Papar, Sabah dan Miri, Sarawak.