awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor beri wang tunai RM150 setahun kepada warga emas

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2023
10:44 MYT
Selangor beri wang tunai RM150 setahun kepada warga emas
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas di Selangor diraikan menerusi penstrukturan semula Skim Mesra Usia Emas (SMUE). - Gambar fail
SHAH ALAM : Selangor satu-satunya negeri yang memberikan wang tunai RM150 setahun kepada semua warga emas di negeri ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas di Selangor diraikan menerusi penstrukturan semula Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
"Adakah kita kurangkan (SMUE)?. (Jawapannya) tidak (kerana) tahun 2019 kita beri RM100 (individu warga emas), tetapi dalam Belanjawan 2023 kita tambah kepada RM150," katanya yang berkongsi satu video di Twitter pada Selasa.
Amirudin memberitahu, setiap warga emas di negeri ini sentiasa dihargai dan sebab itu SMUE ditambah baik bagi menjaga kebajikan golongan itu.
"Selepas 10 tahun, kita tengok program ini sampai sasaran ke tidak untuk kita hargai warga emas," jelas beliau.
Amirudin memberitahu, pelaksanaan SMUE sebelum ini hanya memberi bantuan kepada warga emas yang sudah meninggal dunia.
"Itu bukan Skim Mesra Usia Emas kerana mereka telah meninggal dunia, jadi kita tukar (kepada) Jom Shopping daripada usia 60 tahun sampailah mereka meninggal dunia," jelas Amirudin. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Selangor
#warga emas
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan