SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor bercadang untuk membawa usul menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada persidangan yang akan datang, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin berkata langkah berkenaan akan dilaksanakan kerana, terdapat DUN yang mempunyai jumlah pengundi melebihi 75,000 sehingga 100,000 bagi sesebuah kerusi.
Katanya lagi cadangan pertambahan kerusi ini juga bagi mewujudkan keseimbangan dalam kalangan jumlah pengundi di kawasan bandar dan luar bandar, supaya perkhidmatan yang diberi oleh wakilnya dapat dilaksanakan secara adil.
"Setakat ini ada (DUN) yang lebih 75,000 pengundi akan menjadi tumpuan, dan mungkin akan kita gabungkan. Ada dua ke tiga DUN pengundi cecah lebih 100,000. Paling banyak adalah DUN Kinrara 118,000 pengundi. Namun untuk tambah kerusi ini, kena ada persefahaman dahulu sebab bukan mudah-mudah boleh tambah kerusi.
"Perkara itu kena lihat pada kesan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), elaun dan pencen. Ini semua perlu mendapat pertimbangan sebab itu secara realistiknya kita boleh buat dalam tempoh tiga bulan paling awal," katanya pada pemberita di lobi Dewan Annexx Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selepas penangguhan DUN Selangor hari ini.
Amirudin berkata satu taklimat berhubung cadangan penambahan kerusi DUN itu akan diadakan antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ADUN Selangor pada 30 Mac ini.
"Selepas itu akan ada satu tahap (perbincangan) lagi iaitu satu jawatankuasa bersama antara SPR dan kerajaan negeri, bagi melihat cadangan kedua-dua belah pihak sebelum dibawa pada sidang DUN akan datang, yang memerlukan kita mendapat sokongan dua pertiga majoriti untuk dibawa ke Dewan Rakyat," katanya.
Amirudin mengiyakan ketika ditanya mengenai usul pertambahan kerusi DUN itu sebagai persediaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15, namun ia bergantung pada tempoh masa yang diambil bagi proses tersebut.
Terdahulu, ketika ucapan penangguhan di akhir persidangan DUN hari ini, Amirudin menyenarai DUN yang dijangka mengalami perubahan kerusi antaranya Batang Kali; Gombak Setia; Teratai; Semenyih; Kajang; Balakong; Sungai Ramal; Seri Serdang; Kinrara; Subang Jaya; Seri Setia; Bukit Lanjan; Kota Damansara; Kota Anggerik; Bandar Baru Klang; Pandamaran; Sentosa; Sungai Kandis; Kota Kemuning dan Dengkil.
Katanya usul tersebut dibawa susulan pertemuan Amirudin bersama SPR Selangor sebelum ini, yang memaklumkan setakat hari ini, seramai 3.66 juta pengundi berdaftar di Selangor.
"Melihat pada pertambahan pengundi pada tiap bulan, dengan perkadaran pendaftaran automatik seramai lebih 89,000 pengundi, bermakna dalam tempoh 12 bulan dari sekarang, jumlah pengundi di Selangor akan mencecah lebih kurang 4.6 juta," katanya.
Sidang DUN Selangor ditangguhkan ke satu masa yang akan dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Amirudin berkata satu taklimat berhubung cadangan penambahan kerusi DUN itu akan diadakan antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ADUN Selangor pada 30 Mac ini. - Gambar/ Bernama
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
Tindakan pantas LUAS cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.
Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).
4.32 juta telah kemas kini di PADU
Seramai 4.32 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.
Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB
Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Selangor tak boleh 'goyang' sindiran JDT
SELANGOR FC tidak boleh 'goyang' dengan sebarang sindiran dan perlu membuktikan mereka sememangnya layak untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Persempadanan Selangor, Kuala Lumpur dimuktamad 2025 - Amirudin
Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada 2025, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
'Tolak jawatan ahli majlis PBT, UMNO tidak tamak' - Zahid Hamidi
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tersebut dibuat untuk bersikap adil kepada UMNO Selangor yang mempunyai 22 bahagian, namun hanya ditawarkan sebanyak 20 jawatan.