awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 19 tahun tinggalkan medan 'tempur' PRU, Tun Mahathir sah bertanding di Langkawi

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2018
15:21 MYT
Selepas 19 tahun tinggalkan medan 'tempur' PRU, Tun Mahathir sah bertanding di Langkawi
Tun Mahathir sah bertanding di Langkawi pada PRU14 - Gambar fail
Teka-teki di mana Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘bertempur’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 akhirnya terjawab.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Dr Mahathir akan menjadi calon mewakili blok pembangkang bagi kerusi Parlimen (P004) Langkawi.
Beliau mengumumkan pendirian tersebut semasa berucap pada rapat umum, Jelajah Harapan Langkawi yang berlangsung di Padang Mat Sirat malam tadi.
"Orang Langkawi sedar, Tun Dr Mahathir adalah penjana kepada pulau yang dahulunya pernah lesu.
“Atas jasanya sebagai bapa pembangunan Langkawi, beliau akan terus berjasa untuk selamatkan Malaysia," kata Wan Azizah semasa mengumumkan calon Pakatan Harapan untuk kerusi P004 itu.
Kali terakhir Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.
Selain itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan bakal bertanding di Parlimen Jerlun dan juga DUN Jitra manakala Wan Saiful Wan Jan, dinamakan sebagai calon di Parlimen Pendang.
Sila ke www.malaysiamemilih.com untuk melihat kad-kad digital keputusan PRU13 bagi kerusi Parlimen Langkawi seperti di bawah.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#PH
#Pilihan Raya Umum ke-14
#PRU14
#Tun M calon Langkawi
#Tun Mahathir Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan