awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Tun Faisal, kini Ras Adiba Radzi pula sertai Bersatu

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
09/07/2023
15:55 MYT
Selepas Tun Faisal, kini Ras Adiba Radzi pula sertai Bersatu
Ras Adiba sebelum ini dilantik sebagai Senator bagi mewakili golongan kurang upaya pada Mei 2020 lalu iaitu ketika pemerintahan Muhyiddin. - Gambar Astro AWANI
SEREMBAN: Selepas bekas ahli UMNO, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengesahkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mantan Ahli Dewan Negara, Datuk Ras Adiba Radzi pula kini sah mengambil langkah sama.
Kedua-dua figura itu terdahulu menerima watikah keahlian daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di Seremban, malam ini.
Penyerahan itu turut disaksikan Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ras Adiba sebelum ini dilantik sebagai Senator bagi mewakili golongan kurang upaya pada Mei 2020 lalu iaitu ketika pemerintahan Muhyiddin.
Beliau terdahulu turut menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang merupakan momen bersejarah kerana Malaysia kekurangan pemimpin kaum hawa lebih-lebih lagi daripada golongan kurang upaya.
Manakala, Tun Faisal yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, dilaporkan berkata beliau memilih menyertai Bersatu selepas mengambil kira peranan yang boleh dimainkannya dalam parti itu.
Selain itu, pada majlis sama Muhyiddin yang juga Pengerusi PN turut menerima borang keahlian daripada mantan Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan Mantan Ketua Cabang PKR Jelebu, Yus Mazmu Ahmad Yusof.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#tun faisal ismail aziz
#Ras Adiba Radzi
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan