KUALA LUMPUR:
Pengumuman pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah tidak sah sekiranya belum dipersembah atau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Anwar juga mendakwa tindakan itu boleh mencetuskan krisis Perlembagaan kerana Kerajaan dan Perdana Menteri seharusnya mempersembahkan dan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara berkenaan terlebih dahulu.

"Saya bayangkan awal tadi, kita ditahap krisis perlembagaan sekarang ini. Saudara tahu tentang kenyataan-kenyataan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

"Saya tidak pasti sama ada, pertama hal yang diumumkan oleh menteri telah dipersembahkan atau diperkenankan kerana tidak disebut.

 
Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan

IKUTI SISI TV PARLIMEN KELOLAAN ASTRO AWANI DI SINI


"Dalam membawa usul darurat, kita persembah, saya diberitahu perdana menteri, menteri-menteri, peguam negara, berapa orang datang mempersembahkan kepada Tuanku, meyakinkan Tuanku.

BACA LAPOR LANGSUNG HARI PERTAMA SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI



Ordinan Darurat | Tidak nasihat Agong untuk isytihar darurat baharu

"Apakah pembatalan ini dibuat dengan mempersembahkan dan mendapat perkenan (Yang di-Pertuan Agong)? Saya belum pasti. Saya minta penjelasan kerana kalau ini belum berlaku pengumuman tidak boleh dibuat dengan satu bentuk penghinaan kepada Raja-Raja Melayu khususnya Agong," katanya.

Sebelum itu, Takiyuddin memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kerajaan membatalkan enam Ordinan Darurat bermula 21 Julai lalu.

Takiyuddin juga mengumumkan, kerajaan tidak akan menasihati Al-Sultan Abdullah untuk meneruskan Proklamasi Darurat selepas ia tamat pada 1 Ogos depan.