awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua parti komponen harus bergerak sebagai BN - Dr Subramaniam

Bernama
Bernama
15/08/2016
23:08 MYT
Semua parti komponen harus bergerak sebagai BN - Dr Subramaniam
Program dan gerak kerja parti komponen, yang dijalankan secara berasingan pada masa ini, tidak wajar dilakukan kerana kelihatan seperti tiada kesepaduan. - Gambar fail
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini menyarankan semua parti komponen termasuk UMNO, MIC dan MCA bergerak sebagai satu Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata program dan gerak kerja parti komponen, yang dijalankan secara berasingan pada masa ini, tidak wajar dilakukan kerana kelihatan seperti tiada kesepaduan.
"Gerak kerja UMNO sendiri, MCA sendiri, MIC sendiri harus dielakkan. Kita kena pamerkan satu identiti iaitu BN supaya rakyat boleh melihat...kita kena gerak sebagai BN.
"Perubahan ini perlu kita lakukan...kalau tidak kita pasti akan berhadapan masalah pada masa akan datang," kata Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun MIC ke-70 peringkat Negeri Sembilan di sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S K Devamany dan anggota jawatankuasa MIC Pusat yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN.
Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya berkata kenikmatan hari ini diperoleh hasil kerjasama BN dalam memperjuangkan kemerdekaan.
"MIC dan UMNO ditubuhkan atas niat suci membela anak bangsa...UMNO di Istana Besar Johor manakala MIC di sebuah kuil di Sentul.
"Zaman berubah begitu pesat dan kita mesti mengubah pemikiran kita tetapi apa yang penting ialah perpaduan. Inilah pokok yang kita semai pada 1954 atas nama Perikatan untuk membela nasib Melayu, Cina dan India," katanya.
Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata MIC di bawah kepimpinan Dr Subramaniam kini dilihat semakin kukuh dan kuat malah presidennya juga diterima baik oleh semua pihak.
Dalam pada itu, Mohamad berjanji bahawa tiada perubahan kerusi milik MIC di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-14.
Pada pilihan raya umum ke-13, MIC diberi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Jeram Padang dan Port Dickson serta satu kerusi Parlimen iaitu Teluk Kemang.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dr S.Subramaniam
#MCA
#MIC
#parti komponen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan