awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Serangan pembangkang hanya adu domba, fitnah diulang-ulang' - Anwar

Sinar Harian
Sinar Harian
08/07/2023
05:09 MYT
'Serangan pembangkang hanya adu domba, fitnah diulang-ulang' - Anwar
Kata Anwar, kestabilan tidak mungkin kita terjemahkan dengan baik sekiranya setiap minggu, setiap bulan rakyat dihidangkan dengan cerita gerakan dalam gelap untuk menumbangkan kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Serangan pihak pembangkang terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan hanya berbentuk adu domba dan fitnah yang diulang-ulang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tersebut tidak mengejutkan ekoran rakyat telah saksikan isu yang dibawa mereka dalam beberapa sidang Parlimen kontang dan lemah.
"Rakyat dan negara perlukan kestabilan dan ia penting untuk kita paculkan sebuah tatanan contoh yang kuat ekonomi dan rakyatnya bersatu padu, tidak dipecahkan dengan adu domba perkauman dan agama.
"Kestabilan tidak mungkin kita terjemahkan dengan baik sekiranya setiap minggu, setiap bulan rakyat dihidangkan dengan cerita gerakan dalam gelap untuk menumbangkan kerajaan.
"Sekiranya berani dan benar 'dah cukup jumlah', gunakan saluran yang betul dan demokratik melalui Usul Undi Tidak Percaya di Parlimen dan kerajaan bersedia berdepan dengannya," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mempersoalkan naratif yang cuba dilemparkan ke arah Kerajaan Perpaduan setakat ini.
Sehingga kini ujar beliau, belum ada kritikan yang bernas dan membina dari pembangkang.
Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN), Anwar memaklumkan, pimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dengan semangat persahabatan dan perpaduan bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat membentuk kerajaan-kerajaan negeri pada 12 Ogos nanti. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pembangkang
#Kerajaan Perpaduan
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan