awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesiapa boleh datang ke Pelangai, tapi jangan tabur fitnah - Amizar

Bernama
Bernama
05/10/2023
11:35 MYT
Sesiapa boleh datang ke Pelangai, tapi jangan tabur fitnah - Amizar
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam ketika ditemui media selepas Program Ziarah Kasih pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Pelangai di Felda Sungai Kemahal hari ini. - Foto BERNAMA
BENTONG: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam berkata sesiapa pun boleh datang untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, tetapi jangan menyebarkan fitnah.
Mengulas kehadiran pemimpin pembangkang dalam Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) pada saat-saat akhir kempen malam esok, Amizar secara berseloroh berkata kehadiran pengunjung luar menguntungkan masyarakat di sini.
"Sesiapa pun yang nak datang, silakan. Sekurang-kurangnya ekonomi Pelangai akan naik, masyarakat di sini dapat jana pendapatan, Alhamdulillah. Cuma janganlah datang buat fitnah dan memburuk-burukkan orang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Felda Sungai Kemahal di sini hari ini.
Antara pemimpin PN yang dijadual hadir menyampaikan ceramah esok adalah Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam pada itu, Amizar turut mengingatkan pengundi luar untuk pulang mengundi dan membuat pilihan yang terbaik bagi DUN Pelangai serta keluarga mereka yang berada di sini.
"Yang penting, pengundi luar harus faham bahawa mereka selepas mengundi, yang tinggal adalah mak ayah dan kawan-kawan di sini. Siapa yang nak bantu kalau mereka ada masalah?" katanya.
PRK Pelangai pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Amizar, calon PN Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#PRK Pelangai
#DUN Pelangai
#Calon BN
#Amizar Abu Adam
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan