awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahidan hadap Lembaga Disiplin UMNO selama satu jam

Sinar Harian
Sinar Harian
23/12/2021
21:27 MYT
Shahidan hadap Lembaga Disiplin UMNO selama satu jam
Shahidan (kiri) meninggalkan bangunan UMNO, Kuala Lumpur selepas satu jam menghadap Lembaga Disiplin UMNO pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim meninggalkan bangunan UMNO di sini selepas satu jam menghadap Lembaga Disiplin parti tersebut.
Beliau yang berbaju batik biru itu dibawa menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam sambil diiringi setiausaha sulitnya bersama beberapa penyokong UMNO bahagian Arau, Perlis.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung, Datuk Ahmad Maslan menggesa supaya Shahidan dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Syed Atif mendakwa, pelanggaran disiplin berlaku ketika Shahidan hadir pada Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Kangar, Perlis pada 17 Oktober lalu.
Antara kesalahan tersebut ialah mengibarkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Arau.
Selain itu, Shahidan turut didakwa mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan, malah membuat ucapan yang bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lembaga Disiplin UMNO
#Shahidan Kassim
#Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Arau
#Syed Atif Syed Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan