awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahrir tidak nafi minta dana daripada Najib, sedia beri penjelasan

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2015
04:15 MYT
Shahrir tidak nafi minta dana daripada Najib, sedia beri penjelasan
Shahrir (gambar) berkata beliau sedia bekerjasama untuk menjelaskan kepada pihak penyiasat mengenai penggunaan dana berkenaan. -Gambar fail
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak menafikan meminta bantuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan pentadbiran bahagian.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata demikian melalui laman BNBBC.my sebagai menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya mengenai penerimaan dana RM1 juta daripada Najib, seperti yang didedahkan portal berita kontroversi Sarawak Report.
“Kepada siapa lagi harus saya minta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian kalau bukan daripada presiden parti sendiri,” kata beliau.
Jumaat lalu, Sarawak Report mendakwa Najib telah mengagihkan dana kepada beberapa pemimpin UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan antara yang dimaksudkan ialah Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyanti Samsudin dan Shahrir sendiri.
Shahrir berkata beliau sedia bekerjasama untuk menjelaskan kepada pihak penyiasat mengenai penggunaan wang berkenaan jika diminta berbuat demikian.
“Itu menjelaskan wang yang diterima Presiden parti adalah untuk kegunaan parti,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#BNBBC
#dana politik
#Najib Razak
#pentadbiran bahagian
#Shahrir Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan