Ini adalah sebuah kisah mengenai orang muda yang mahu mencabar orang tua. Apabila cabaran tidak diendahkan, si pencabar menyangka bahawa orang yang dicabar itu takut. Sedangkan yang dicabar tidak mahu berlawan bukan kerana takut tetapi menyedari bahawa itu hanya membuang masa apatah lagi yang mencabar itu 'budak yang masih berhingus'.
Itulah ibaratnya yang terjadi apabila pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir sebagai panel bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang timbul sewaktu pentadbiran Mahathir selama 22 tahun.
Berikut adalah sebuah rencana yang disiarkan dalam kolum Anekdot Ahad, akhbar Mingguan Malaysia (21 Jun 2015):
Apabila membaca sebuah akhbar Bahasa Inggeris semalam, saya fikir tidak ada lagi yang paling diingati dan kemuncak dalam kerjaya politik Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard melainkan mencabar Dr. Mahathir. Gambar Badrul diletakkan bersebelahan dengan bekas Perdana Menteri itu. Sudah pasti itu satu pengiktirafan besar kerana bukan semua orang boleh duduk bersebelahan Dr. Mahathir waima dalam gambar.
Walaupun kini Dr. Mahathir adalah rakyat biasa tetapi beliau pernah melalui fasa yang "luar biasa" terutama di pentas-pentas antarabangsa. Malah menjadi suara daripada masyarakat Islam seluruh dunia mengkritik dasar Barat yang berat sebelah terhadap Islam dan negara-negara di rantau ini.
Tetapi itu dululah, sekarang banyak orang menganggap Dr. Mahathir bukan siapa-siapa. Doktor pun bukan. Sebab itu banyak yang bukan siapa-siapa pun mengajak beliau berdebat.
Oleh kerana itu Badrul dilihat paling berani apabila mencabar Dr. Mahathir. Lagi berani apabila dia menganggap Dr. Mahathir takut berdebat dengannya mengenai isu-isu yang berbangkit ketika ini. Kalau mahu dianggap ini satu tanda aras kedudukan politik Badrul, boleh juga setidak-tidaknya hingga semalam, Badrul membuktikan dia juga luar biasa seperti Dr. Mahathir.
Ohh ya, sebelum terlupa, Badrul ini dari kapal PKR. Tetapi jangan lupa, dia adalah pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Oleh kerana saya tidak berminat dengan politik kepartian dan tidak menulis pasal politik, saya tidak tahu ranking Badrul dalam PKR. Tetapi dengan keberanian yang ditunjukkan, tentulah kedudukannya mungkin "atas sikit" daripada pemimpin de facto, Anwar Ibrahim.
Kawan saya yang kebetulan baru lepas membaca berita yang sama mencadangkan kepada saya supaya mengumumkan kepada media mencabar Badrul berdebat. Memang lawak kawan saya ini mengarut, tetapi kalau dia bersungguh-sungguh pun saya tidak akan melakukannya. Badrul terlalu tinggi dan pengaruhnya besar bagi saya. Kalau dia tidak menyahut cabaran, sudah pasti saya yang akan malu besar kecuali saya mencari populariti di media.
Ini mengingatkan masa saya zaman kanak-kanak dulu. Saya selalu mencabar orang yang jauh lebih besar dan dewasa daripada saya berlawan tetapi tidak ada yang menyambut cabaran itu. Masa itu saya menganggap mereka takut.
Tetapi bila dewasa tahulah saya bahawa orang tidak mahu berlawan bukan kerana takut tetapi hanya membuang masa sahaja berlawan dengan budak yang masih berhingus. Alangkah malunya.
Saya harap dengan keberanian mencabar Dr. Mahathir akan memberikan suatu yang positif dalam profil politik Badrul. Sebabnya budaya politik negara ini agak unik, mereka yang bijak memperagakan diri sebagai hulubalang akan diingat orang.
Dalam politik Malaysia, banyak juga orang pegang tombak yang bercita-cita menjadi hulubalang. Ini kerana kelas hulubalang lebih tinggi dan selalu berdampingan dengan raja dalam sistem kerajaan Melayu dahulu kala.
Apa lagi dengan pengaruh Badrul dalam SAMM yang banyak memberikan reaksi kepada media dalam isu tertentu, dunia politik akan mengingati dia. Maknanya itu menunjukkan dia berada dalam lingkaran utama.
Cuma saya tidak pasti berapa ramaikah anak muda yang menyertai SAMM? Sejuta? Dua juta? Mungkin lebih lagi.
Saya percaya SAMM bukan NGO "hantu raya" yang pernah saya sentuh sebelum ini. Sebabnya banyak yang hampas dan mengambil kesempatan ke atas orang politik yang mahu kekal di atas takhta.
Saya juga berharap Badrul tidak kecewa sampai menonggeng kerana Dr. Mahathir tidak menjawab cabarannya. Badrul kena berfikir positif bahawa dia telah mendapat kemenangan, kalau pun belum tentu menang, apa salahnya menyedapkan hati sendiri?
Presiden Barack Obama pun pernah dicabar berdebat oleh "entah siapa-siapa" dan disiarkan dalam sebuah surat khabar nyamuk di Amerika Syarikat. Obama tidak menjawab dan orang itu juga menganggap Obama takut berdepan dengannya. Biarlah asal dia bahagia.
Sekadar bertanya, kenapa Badrul tidak mengungkit perihal kononnya kekayaan anak-anak Dr. Mahathir luar biasa sebelum ini? Kenapa dia menunggu masa yang membolehkan dilihat sebagai "hulubalang" dan adakah dia mahu menangguk sesuatu dari pergolakan dalam UMNO?
Badrul tidak perlu menjawab kerana sekilas ikan di akuarium politik, mudah dikenal jantan atau betina.
** Rencana pendapat ini adalah hasil tulisan KU SEMAN KU HUSSAIN. Beliau merupakan Pengarang Mingguan Malaysia yang berpengalaman luas dalam hal ehwal semasa, isu politik dan industri seni negara. Pandangan peribadi beliau bukan mewakili sidang editorial Astro AWANI.
Ku Seman Ku Hussain
Sun Jun 21 2015

Keengganan Mahathir menyahut cabaran Chegubard mendapat sokongan ramai memandangkan bekas perdana menteri itu tidak selayaknya menjawab kepada seorang yang dilabel 'budak hingusan' politik.

Menang PRK Ayer Kuning, Mohamad Yusri terus turun bertemu rakyat
Dr Mohamad Yusri Bakir memulakan tugas sebagai wakil rakyat baharu DUN Ayer Kuning dengan turun padang seawal pagi untuk bertemu penduduk.

Lawatan Presiden Maldives: Muizzu bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UIAM
Lawatan tersebut merupakan lawatan julung kali Muizzu ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada 17 November 2023.

JPV laksana suntikan vaksin kawal wabak hawar berdarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu melaksanakan proses vaksinasi ke atas 224 ekor lembu dan kerbau bagi mengelak penularan wabak hawar berdarah di daerah Kuala Terengganu.
Usaha Kerajaan Perpaduan berhasil - Fahmi
Kemenangan calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan menambat hati pengundi berjaya, menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.
Perkembangan kes tembak di Kuching
Bersama ditalian, wakil AWANI Borneo, Rudi Affendi Khalik, bagi mendapatkan perkembangan berhubung kes tembak di Kuching.
AWANI Ringkas: Tingkat kualiti internet di kawasan pelancongan Sabah - Fahmi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia
Sebuah "taman mini" di Shizuoka, Jepun diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai taman terkecil di dunia.
Capaian internet di Sepilok akan ditingkatkan segera
Capaian internet di kawasan pelancongan utama di Sepilok, Sandakan AKAN menikmati capaian internet yang lebih pantas dan stabiL sebagai sebahagian usaha meningkatkan kesalinghubungan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Agong zahir penghargaan kepada penyokong setia JDT
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada JDT atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2024/2025 dan menghargai sokongan padu penyokong setia.
Agong zahir ucapan selamat, hargai jasa warga TLDM
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengucapkan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-91 kepada seluruh warganya, veteran serta mereka yang pernah berkhidmat dengan angkatan itu.

Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.

Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pada era pasca normal, pengurusan institusi kewangan perlu berdepan cabaran yang sangat pantas.

Cabaran media sosial antara topik dibincang Forum Perdana Ehwal Islam 'Legasi Merdeka'
Mohammad Redzuan berkata antara cabaran besar dalam menjaga kedamaian negara ialah penyalahgunaan platform media sosial.

Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran
Beberapa video yang tular mencabar orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine.

Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo kini 86 peratus siap - Fadillah
Pada tahun ini, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen dalam lebuh raya itu akan dibuka.

Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.

Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK
Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.

AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli
Adam Adli menjelaskan usaha itu penting ketika mana rakyat sedang dihimpit masalah ekonomi dan kemelut politik yang tiada kesudahan sejak dua tahun yang lalu.

Fahami cabaran ibadah haji akibat COVID-19 - Hajiji
Umat Islam di negara ini terutama rakyat Sabah diminta supaya memahami cabaran melaksanakan ibadah haji dalam situasi COVID-19 masih melanda seluruh dunia.

Ini caranya untuk kekal segar sepanjang hari berpuasa
Bercerita cabaran ketika berpuasa, selain menahan lapar, usaha untuk memastikan badan kekal hidrasi sering dibincangkan secara meluas.