awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Siapa kata ada tujuh individu sahaja disiasat dalam UMNO?' - Tengku Adnan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
12/11/2015
11:19 MYT
'Siapa kata ada tujuh individu sahaja disiasat dalam UMNO?' - Tengku Adnan
Tengku Adnan (gambar) berkata beliau mahu semua pihak agar bersabar dan tidak membuat sebarang andaian. -Gambar fail
"Siapa kata ada tujuh sahaja (disiasat) dalam UMNO? Barangkali ada lebih (daripada itu)," kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Bagaimanapun, menurut Tengku Adnan, beliau mahu semua pihak agar bersabar dan tidak membuat sebarang andaian.
"Dulu saya cakap tujuh, mungkin ada lebih. Tunggulah," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu selepas menyampaikan Anugerah Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi di sini hari ini.
Tengku Adnan sebelum ini berkata kertas laporan siasatan ke atas tujuh individu dalam UMNO yang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya 'dibuat di khalayak' telah siap.
Pihaknya juga masih belum dapat membuat sebarang tindakan memandangkan ia perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Presiden dan Lembaga Disiplin parti.
Beliau pada masa sama enggan mendedahkan nama tujuh pemimpin UMNO berkenaan.
Sebelum ini, Tengku Adnan merujuk tujuh pemimpin UMNO itu sebagai 'anai-anai' yang sedang merosakkan parti.
Topic Berkaitan
#Ku Nan
#mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
#Perhimpunan Agung UMNO
#Tengku Adnan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan