awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: 96.25 peratus keluar undi awal

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/08/2020
10:20 MYT
Slim Memilih: 96.25 peratus keluar undi awal
Proses pengundian awal turut disaksikan oleh ejen calon serta pemerhati pilihan raya yang dilantik SPR, selain ia disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR. - Gambar BERNAMA
Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muallim berakhir pada pukul 5.30 petang.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kemas kini di laman Twitter, sebanyak 96.25 peratus daripada 267 pengundi awal keluar menjalankan tanggungjawab mereka hari ini.
Jelas SPR, peratusan itu mewakili seramai 257 pengundi daripada jumlah keseluruhan pengundi awal polis.
Proses pengundian awal turut disaksikan oleh ejen calon serta pemerhati pilihan raya yang dilantik SPR, selain ia disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR.
Tinjauan Astro AWANI sepanjang proses tersebut juga mendapati ia berjalan dengan lancar. BACA: LIPUTAN KOMPREHENSIF SLIM MEMILIH DI SINI
PRK DUN Slim merupakan PRK kedua selepas PRK DUN Chini, yang dilaksanakan dalam kebiasaan baharu, dan mengamalkan garis panduan pencegahan COVID-19.
Sebaik sahaja proses pengundian selesai, semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap IPD Muallim dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, 29 Ogos ini di pusat pengiraan undi di bilik menunggu di Majlis Daerah Tanjung Malim.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, Amir Khusyairi dan S.Santharasekaran.
Topic Berkaitan
#Amir Khusyairi
#Barisan Nasional
#Mohd Zaidi Aziz
#PRK DUN Slim
#S Santharasekaran
#Slim Memilih
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Undi awal polis
#Undi awal PRK DUN Slim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan