awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
Sony dijangka mula jual kereta elektrik Afeela tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: Lebih 50 peratus pengundi wanita, dan ini harapan mereka ...

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/08/2020
07:30 MYT
Slim Memilih: Lebih 50 peratus pengundi wanita, dan ini harapan mereka ...
Dalinayati berkata, golongan itu perlu diberi bantuan dari segi kemahiran bagi membantu mereka menjana pendapatan. - Foto Astro AWANI
Sejumlah 50.4 peratus daripada 23,094 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim merupakan pengundi wanita.
Angka itu dilihat mampu menjadi penentu kepada kemenangan calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim pada 29 Ogos ini.
Maka, suara mereka tidak boleh dipandang ’sepi’ oleh calon-calon yang bertanding dalam PRK kali ini.
Berharap agar nasib suri rumah terbela, Dalinayati Tanlaili, 38, berkata, golongan itu perlu diberi bantuan dari segi kemahiran bagi membantu mereka menjana pendapatan.
“Bagi golongan wanita harap banyak perubahan yang mana tidak dapat bekerja.
“Kalau boleh bantu wanita yang mahu memulakan perniagaan untuk membantu suami mereka (ringankan beban keluarga) kalau yang tidak dapat bekerja, atau dibuang kerja.
“Untuk wanita di kampung pula, bantu mereka untuk belajar menjahit atau (kelas) memasak untuk golongan yang tidak berkemampuan,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.
Bagi Azilawati Md Sheikh, 39, pula, insiatif memperkasakan wanita khususnya yang tergolong dalam kumpulan Berpendapatan Rendah (B40) perlu dipergiatkan.
Katanya, ramai golongan wanita hilang semangat kerana tidak mempunyai punca pendapatan dan pekerjaan, selain berdepan kos sara hidup yang tinggi.
“Saya harap kali ini wanita akan lebih bersemangat. Kalau sebelum ini dia ‘down’, bangkit balik untuk kita naikkan semangat kita (wanita).
“Kos sara hidup (juga), macam peniaga-peniga mereka memang susah. Harap selepas ini mereka bersemangat untuk berniaga,” ujarnya.
Rata-rata juga berharap isu perumahan di DUN Slim akan menjadi keutamaan untuk diselesaikan oleh bakal wakil rakyat yang dipilih nanti.
PRK DUN Slim menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S.Santharasekaran.
Topic Berkaitan
#Azilawati Md Sheikh
#B40
#Daliyanati Tanlaili
#DUN Slim
#Malaysia Memilih
#pengundi wanita
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#rakyat
#Slim Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan