Seramai 689 petugas dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim esok, yang melibatkan 12 pusat mengundi dan 54 saluran, kata Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.
Pusat mengundi tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Sulaiman; SK Trolak Utara; SK Trolak Selatan; SK Seri Besout; SK Besout 3 dan 5; SK Kuala Slim; SK Slim River; SK Aminudin Baki; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungkai; SJKT Ladang Kelapa Bali dan SJKT Trolak.
Abdul Ghani berkata pihaknya berharap keputusan PRK itu dapat diketahui sebelum 9 malam sekiranya tiada bantahan dan gangguan.
Beliau berkata pihaknya menyasarkan 85 peratus daripada 22,749 pengundi biasa keluar mengundi esok, berbanding sasaran 70 peratus sebelum ini dengan mengikut peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19.
"Ini (patuh SOP) supaya keselamatan diri dan keluarga terjamin kerana kita masih berada dalam musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Kita takut nanti pengundi apabila pulang, membawa masalah kepada keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat perjumlahan undi di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini, hari ini.
Pada masa sama, Abdul Ghani turut mengingatkan para pengundi supaya mematuhi peraturan seperti tidak berpakaian yang melambangkan mana-mana parti politik kerana boleh dihalang daripada memasuki pusat mengundi serta dikenakan tindakan.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang masih dalam proses pendaftaran serta bekas guru, S. Santharasekaran.
Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim selama empat penggal, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib daripada BN yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 15 Julai.
Sejumlah 96.25 peratus daripada 267 pengundi awal telah menunaikan hak mereka pada Selasa lalu.
Dalam pada itu, Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan mengingatkan semua parti atau calon bertanding, mereka dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara pejabat dan barung semasa hari mengundi.
"Tiada mana-mana pihak yang boleh merayu undi termasuklah di luar pusat mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain,'' katanya menjelaskan tempoh rasmi berkempen akan tamat pada 11.59 malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020
Pihak SPR berharap keputusan PRK itu dapat diketahui sebelum 9 malam sekiranya tiada bantahan dan gangguan. - Gambar fail
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Lat tempoh masih berkuat kuasa, SPR tidak rancang laksana kajian semula persempadanan
Abdul Ghani berkata bagi Sarawak, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan tersebut.
PRK Kemaman jadi perintis sistem pengurusan pilihan raya baharu - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem baharu pada Pilihan Raya Kecil Kemaman sebagai ujian rintis, untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.
PRK Kemaman: 42 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Sebanyak 42 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi setakat 1 tengah hari ini.
PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.
PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar - Pengerusi SPR
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.
PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR
Tiada sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan penyalahgunaan jentera dan aset kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai setakat ini.
PRK DUN Jepak: Tarikh penting dijangka diketahui hari ini
Satu mesyuarat khas akan diadakan bagi tujuan itu yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada 10 pagi ini.
PRK Pelangai: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon bertanding pada PRK Pelangai.
PRK: Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi masih rendah - SPR
Peratusan jumlah keluar mengundi pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram setakat jam 11 pagi pada Sabtu, masih rendah.