awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokong PM: 'Saya masih Ahli Parlimen PN' - Mohd Azizi

Sinar Harian
Sinar Harian
21/11/2023
07:08 MYT
Sokong PM: 'Saya masih Ahli Parlimen PN' - Mohd Azizi
Azizi menjadi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketiga yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Anwar. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim akhirnya bersuara di Dewan Rakyat pada Selasa susulan kontroversi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan masih lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
“Saya masih Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan saya juga mengesahkan kenyataan yang dibuat itu (sokong PM) adalah daripada saya sendiri tanpa ada apa-apa unsur paksaan atau pun sebaliknya.
“Itu semua dari keikhlasan saya,” katanya sebelum mengutarakan soalan kedua pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Sebelum ini, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, Mohd Azizi kini berada di blok kerajaan.
Azizi menjadi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketiga yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Anwar.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela, selain terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.
Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan sama.
Terbaharu, Zahari Kechik (PN-Jeli) juga mengisytiharkan sokongan sama dengan alasan permasalahan kos sara hidup dan himpitan keperluan asas yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut termasuk isu pembangunan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sokong PM
#Ahli Parlimen PN
#Ahli Parlimen Gua Musang
#Mohd Azizi Abu Naim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan