KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor melihat sokongan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan dapat membantu usaha merealisasikan hala tuju Pelan Sabah Maju Jaya (Pelan SMJ) 2021-2025.
Beliau berkata sokongan itu sekali gus dilihat membolehkan ADUN Bebas dan kerajaan GRS dapat bersama-sama memberi fokus kepada perpaduan rakyat seterusnya melonjakkan pembangunan negeri.
"Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat (ADUN Bebas) yang menyokong hala tuju kerajaan negeri. Jadi dengan itu, kita boleh memberi fokus kepada perpaduan dan pembangunan rakyat serta negeri Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri di Kompleks Sukan Likas, pada Sabtu.
BACA: Yusof Yacob tamatkan spekulasi, umum keluar Warisan dan sokong kerajaan
Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob untuk keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) dan menyokong kerajaan negeri ditadbir GRS, semalam.
Mengulas lanjut perkara itu, Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata setiap ADUN mempunyai hak istimewa untuk membuat keputusan dalam memilih platform berkhidmat kepada mana-mana parti politik mahupun secara bebas.
"Ini hak demokrasi ahli-ahli politik yang mana sahaja mereka pilih untuk berkhidmat atau melalui landasan dan parti yang mereka inginkan. Saya rasa itu sahaja saya boleh komen kerana ini terpulang kepada Ahli Yang Berhormat tersebut," katanya.
Semalam, Yusof yang juga bekas Ketua Penerangan Warisan ketika mengumumkan keluar parti, berkata beliau mengambil keputusan tersebut kerana mahu membantu rakyat di kawasan Sindumin dan Sipitang dalam menyelesaikan pelbagai masalah, selain berusaha membawa pembangunan ke kawasan itu.
Pada Pilihan Raya Umum 2018, Yusof, 66, memenangi kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 760 undi dalam saingan tiga penjuru, dan terus mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, tahun lepas dengan majoriti 424 undi dalam saingan enam penjuru.
Dengan perkembangan terbaru itu, Warisan yang memenangi 23 kerusi DUN, kini hanya memiliki 20 kerusi setelah ADUN Bugaya Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia November 2020 dan ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir keluar parti pada Februari lepas.
Pilihan raya kecil DUN Bugaya masih belum diadakan berikutan perintah darurat dilaksanakan bagi kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut menyertai Hari Sukan Negara peringkat negeri Sabah di Kompleks Sukan Likas hari ini.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji
Dalam masa sama, Hajiji mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Hajiji gesa lebih banyak perkongsian awam-swasta untuk lindungi kepelbagaian biodiversiti hutan Sabah
KRCP membuktikan bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama secara berkesan melalui penglibatan dan pemerkasaan masyarakat setempat.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Sabah sedia peruntukan RM131 juta pembangunan sekolah agama Islam dan masjid - Hajiji
Hajiji berkata kerajaan negeri amat komited dengan program-program yang berkaitan dengan pembangunan syiar Islam di Sabah.
Miskin tegar Sabah berkurangan kepada 13,172 ketua isi rumah - Hajiji
Setakat bulan lepas, hanya sekitar 600 KIR dalam kumpulan miskin tegar direkodkan di Tuaran, berbanding 1,000 KIR pada tiga tahun lepas.
Deretan binaan papan tanda 'Sabah Maju Jaya' tak ubah kehidupan rakyat - Bung Moktar
Bung Moktar mahu Hajiji melihat rakyat kini berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu infrastruktur membabitkan bekalan air.
Sabah teruskan operasi pembenihan awan jika kemarau berlanjutan - Hajiji
Beliau berkata OPA akan dilakukan dari semasa ke semasa sehingga ia boleh membantu mengurangkan bebanan bekalan air di beberapa kawasan di negeri itu.
Cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi pemangkin ekonomi wilayah Borneo - Hajiji
Projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi berkenaan akan memberi impak dalam meningkatkan kesalinghubungan rakyat dan pada masa sama meningkatkan ekonomi di wilayah itu.