awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan saya kepada PM 'firm dan clear' - Ismail Abd Muttalib

Bernama
Bernama
07/08/2021
15:44 MYT
Sokongan saya kepada PM 'firm dan clear' - Ismail Abd Muttalib
Ismail berkata sokongannya dibuat kerana negara sedang berdepan pandemik COVID-19, dan keadaan ekonomi tidak menentu yang memerlukan keutamaan diberikan kepada rakyat. - BERNAMA
MARAN: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib pada Sabtu menyifatkan sokongannya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'firm and clear' (teguh dan jelas), menyebabkan beliau antara terawal menyatakan pendiriannya secara terbuka.
Ahli Parlimen Maran (Pahang) itu berkata sokongannya dibuat kerana negara sedang berdepan pandemik COVID-19, dan keadaan ekonomi tidak menentu yang memerlukan keutamaan diberikan kepada rakyat.
"Sewajarnya ahli politik tidak terlalu berpolitik sehingga hilang perkiraan kita untuk membantu rakyat dalam situasi ini. Sebab itulah saya memberi sokongan kepada Perdana Menteri yang berkerja untuk rakyat, dan matlamat saya selama empat penggal berada dalam Parlimen juga adalah untuk membantu berkhidmat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Program Outreach Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Felda Jengka 3 di sini, yang melibatkan penggunaan lima buah bas diubah suai menjadi pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak.
Program itu yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini, menyasarkan pemberian vaksin jenis Pfizer kepada 1,600 penduduk dari Felda Jengka 3, Felda Jengka 2 dan Felda Ulu Jempol di sini, dengan notifikasinya dikeluarkan menerusi aplikasi MySejahtera.
Ismail juga menyifatkan sokongannya kepada Perdana Menteri tidak mengubah dirinya sebagai ahli UMNO.
"Sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan semasa juga sama seperti sokongan penuh yang saya berikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mereka bergelar Perdana Menteri sebelum ini.
"Itu adalah tugas kita dan tidak perlu dipolitikkan... yang penting kita berkhidmat untuk rakyat, agama, bangsa, dan negara. Saya juga beri sokongan kepada kerajaan negeri Pahang kerana saya tahu banyak membuat kerja yang baik untuk rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Maran
#Parlimen
#sokongan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#kerajaan PN
#UMNO
#MKT UMNO
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan