awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sombong!" - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
18/03/2023
05:12 MYT
"Sombong!" - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak
Tajuddin hadir sekitar jam 9.50 pagi sebelum dihalang oleh petugas keselamatan di pintu pagar utama dewan tersebut. - Gambar/ Astro AWANI
PASIR SALAK: Kekecohan tercetus pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang daripada memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felda Seberang Perak di sini pada Sabtu.
Bekas Ketua UMNO Bahagian itu terdahulu hadir sekitar jam 9.50 pagi sebelum dihalang oleh petugas keselamatan di pintu pagar utama dewan tersebut.
Difahamkan Tajuddin yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu tidak dibenarkan masuk atas alasan keanggotaannya sebagai ahli parti itu telah digantung.
Sementara itu, ketika dihubungi Tajuddin menzahirkan kekesalan kerana tidak dibenarkan untuk mengikuti perjalanan mesyuarat berkenaan.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut menyifatkan kejadian itu sebagai ‘sombong’ dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Saya sayang UMNO, saya setia. 50 tahun dalam UMNO.
"Sombong! Mantan KB (ketua bahagian) pun dihalang masuk. Tidak pernah berlaku, tiada alasan diberikan mereka," dakwanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, anak sulung beliau, Dr Faizal Tajuddin bertanding menentang bekas pemangku ketua bahagian itu, Khairul Azwan Harun.
Minggu lalu, anak perempuan Tajuddin, Datin Sri Rahayu dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak baharu menewaskan penyandangnya, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.
Oktober lalu, media melaporkan Tajuddin digantung keahliannya selama enam tahun selain dipecat daripada MKT UMNO.
Topic Berkaitan
#Tajuddin Abdul Rahman
#Pemilihan UMNO
#dihalang masuk
#sombong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan