SEREMBAN: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar mengesahkan, beliau tidak menerima sebarang surat daripada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Chennah) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini pada Isnin.
Anthony berkata, jawapan itu memberi mesej jelas kepada rakyat di Negeri Sembilan bahawa ADUN Sikamat tersebut masih mempunyai sokongan majoriti dalam DUN untuk terus menerajui kerajaan negeri sebagai Menteri Besar.
"Bagi saya pergolakan dalam parti itu perkara biasa. Parti nak buat macam mana, terpulang. Kalau parti nak tukar kedudukan Sikamat (Aminuddin) sebagai Pengerusi (Majlis Pimpinan Negeri) pun, itu adalah hal dalaman parti kerana kedudukan parti tidak menjejaskan kedudukan dalam kerajaan," katanya.
Tegas beliau, selagi Aminuddin mempunyai sokongan majoriti ADUN, kedudukannya sebagai Menteri Besar tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh barisan ADUN kerajaan supaya mendukung dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Aminuddin untuk menerajui kerajaan Negeri Sembilan sehingga akhir tempoh.
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kercayaan terhadap Aminuddin selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan.
Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusof Tapar berkata, rombakan segera perlu dilakukan dalam MPN bagi memastikan parti itu kekal relevan.
Sinar Harian
Mon Sep 06 2021
Media sebelum ini melaporkan kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kercayaan terhadap Aminuddin selaku Pengerusi MPN. - Gambar fail
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan dipecat
Surat pemecatan beliau ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Speaker DUN Negeri Sembilan tidak terima surat tarik sokongan terhadap MB
Media sebelum ini melapor kepimpinan PKR Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kercayaan terhadap Aminuddin selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan.