KUALA LUMPUR: Sikap beberapa Ahli Parlimen yang mengambil kesempatan berbahas semasa bangun untuk bertanya soalan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ditegur Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun yang menyifatkan perkara itu tidak adil kepada Ahli Parlimen lain.
Beliau berkata mengikut konvensyen di House of Commons, setiap soalan hanya diberikan 30 saat manakala seminit untuk jawapan namun ada dalam kalangan Ahli Parlimen mengambil peluang mencecah sehingga dua hingga tiga minit ketika bertanya soalan.
"Saya dapati kita hari ini baru soalan nombor empat, sejam. Ini adalah satu perkara yang amat tidak memuaskan hati... saya dapati tadi dari pejabat saya ada Yang Berhormat semua bangun untuk berbahas. Ini tak ikut peraturan.
"Peraturan 24 (4) nyatakan dengan terang sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dijadikan helah untuk berbahas. Ini bukan waktu berbahas. Ini waktu pertanyaan dan waktu menteri menjawab," katanya.
Beliau berkata demikian ketika masuk untuk mempengerusikan mesyuarat pada sesi soal jawab semasa soalan keempat oleh Lim Lip Eng (PH-Kepong), ketika persidangan telah berlangsung lebih satu jam. Sesi soal jawab hari ini adalah dari 10.30 pagi hingga 12 tengah hari manakala setengah jam awal adalah Waktu Pertanyaan Menteri.
Justeru, Azhar meminta Ahli Parlimen supaya menghentikan amalan berbahas ketika sesi soal jawab memandangkan asas di sebalik pertanyaan di Dewan Rakyat adalah memberikan sebanyak mungkin pertanyaan ditanya dan sebanyak mungkin dijawab.
"... bukan dibolot oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mendapat soalannya top 10. Bukan, bukan begitu. Jadi, saya hendak pohon kerjasama semua, tak nak lah bahas, mukadimah tu sikit dan dijawab terus. Jangan mukadimah panjang.
"Saya dapati sebelum ini yang mukadimahnya seminit setengah, soalannya 10 saat. Tidak elok macam itu sebab ia mengambil masa Yang Berhormat lain untuk menanyakan soalan.
"Sebenarnya tidak adil untuk semua. Saya tak apa, saya boleh bagi satu soalan satu jam pun okay. Tapi tidak adil untuk ahli Yang Berhormat sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menyifatkan perkara itu tidak adil kepada Ahli Parlimen lain.- Foto Japen
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Parlimen pada Julai ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh YB Parit Buntar kepada Menteri Pendidikan.
Cadangan penambahbaikan Akta 711 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Azalina
Cadangan penambahbaikan bagi Akta 711 yang antara lain melibatkan mekanisme pemusatan penerimaan aduan kelakuan tidak wajar, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
Isu kurma dari Israel dan subsidi telur antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Rosol minta menteri nyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia.
Isu kematian pelarian di pusat tahanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang laporan baru HRW yang mendakwa kerajaan menindas kumpulan pelarian di pusat tahanan.
Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat - YDP Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat sebaliknya rakyat perlu diberi penjelasan mengenai peranan dan fungsi sebenar institusi itu.