awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
Enam individu mengaku tidak bersalah terlibat rusuhan bersenjata
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang

SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Jepak

Bernama
Bernama
21/10/2023
10:22 MYT
SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Jepak
Bilik gerakan di SPRM Cawangan Bintulu, Sarawak itu akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 4 Nov depan. - Gambar hiasan
BINTULU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan bilik gerakan di SPRM Cawangan Bintulu, Sarawak itu akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 4 Nov depan,
"Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel [email protected] atau menghubungi talian 086-316200," menurut kenyataan itu.
SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip, 72, dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 15 Sept lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Jepak di sini
Topic Berkaitan
#PRK Jepak
#PRK DUN Jepak
#SPRM
#bilik gerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.