awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

STAR sah tinggalkan PN - Jeffrey Kitingan

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
05/12/2022
10:10 MYT
STAR sah tinggalkan PN - Jeffrey Kitingan
Jeffrey mengesahkan STAR tidak lagi terikat dengan PN selepas menyertai gabungan itu selama 26 bulan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada September 2020. - fb @Jeffrey G. Kitingan
KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Jeffrey Kitingan mengesahkan parti pimpinannya telah keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.
Beliau yang sebelum ini berkias mengenai perkara itu berkata, STAR dan PN kini sudah tidak lagi sehaluan selepas gabungan yang disertai oleh parti itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengisytiharkan sokongan terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH).
"Ya (sah keluar PN). Kita tunggu sajalah ada pengumunan.
"Sebab kalau saya pergi sini, kau pergi sana bererti kita tidak sehaluanlah tu", ujar Jeffrey secara ringkas ketika ditemui media Bangunan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Institut Pertanian Sabah (IPS) Timbang Menggaris Ke-50 dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu kali ke-37 dan 38 tahun hari ini.
Kenyataan tersebut sekaligus menyaksikan STAR tidak lagi terikat dengan PN selepas menyertai gabungan itu selama 26 bulan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada September 2020.
Jeffrey di dalam kenyataan beliau sebelum ini menyifatkan hubungan STAR dengan PN seperti 'sudah bercerai' kerana sudah tidak lagi sehaluan selepas parti itu bersepakat dengan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memberikan sokongan terhadap kerajaan baharu yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 November lalu.
Keputusan keluar daripada PN itu juga menurut Jeffrey telah dibincangkan di dalam Biro Politik STAR dan pengumuman berkaitan itu akan dibuat dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#STAR
#Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan
#Perikatan Nasional
#Gabungan Rakyat Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan