Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu "kurangkan bercakap, lebihkan bekerja" dalam usaha meletakkan semula negara di landasan yang tepat, kata Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi tempoh 1987 hingga 2008 berkata kerajaan perlu menumpukan tadbir urus negara dan bergerak dengan menggalas tanggungjawab besar dalam membangunkan negara.
Tokoh wanita ini turut senada dengan kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bahawa kerajaan perlu menghentikan tindakan menyalahkan kerajaan terdahulu yang mentadbir negara selama 61 tahun lepas.
BACA: Rafidah mampu beri lonjakan kepada kepimpinan Wanita Bersatu - Penganalisis
BACA: Tiada jawatan menanti Rafidah dalam Bersatu - Tun Mahathir
Daim mahu kerajaan hari ini mula menumpukan kepada usaha menunaikan janji mereka kepada rakyat yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
"Kita teruskan mentadbir urus kerajaan, namun apabila masalah yang dibuat kerajaan terdahulu timbul, kita perlu memberitahu kepada rakyat, siapa yang melakukannya. Bagaimanapun, rakyat juga perlu tahu siapakah sebenarnya yang perlu dipersalahkan," katanya.
Ketika ditanya mengenai peranan yang boleh disumbangkan beliau sebaik sahaja menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafidah menyatakan akan memberi komitmennya kepada kerajaan PH menerusi keanggotaannya dalam parti itu.
Rafidah, yang kini Pengerusi AirAsia X Bhd, menekankan bahawa hasratnya untuk bersama-sama Bersatu bukan didorong faktor "orang lain turut menyertainya".
"Saya menyertainya bukan untuk rancangan atau agenda peribadi...bukan budaya saya. Bagi saya, ia adalah penyertaan sokongan, saya telah melaksanakannya semasa membantu PH memenangi PRU14," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perdagang ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir berkata pihaknya melahirkan kelegaan atas nasihat yang dibuat Daim.
"Komen (Tun) Daim adalah bijak, penuh kewarasan dan bertanggungjawab, selari dengan tugas beliau sebagai penasihat kerajaan.
"Budaya mengutuk, mengata dan mengumpat perkara lama tidak mengguntungkan kerajaan yang baharu, lebih-lebih lagi dengan konsep keterbukaan yang diamalkan di dalam Parlimen, ditambah apabila setiap orang yang memiliki telefon pintar dapat mengakses pendebatan anggota parlimen," katanya.
Moehamad Izat berkata, walaupun setiap maklumat diperkatakan adalah betul, rakyat sudah mula muak dan jemu dengan kata-kata yang tiada perubahan.
"Kita juga melihat pertandingan di dalam empat parti di dalam Pakatan Harapan yang kita kurang faham. Datang berpasukan, berjuang berlawan-lawan, tetapi yang mana satu boleh dijadikan amalan?," katanya.
Apa yang penting, menurut bekas Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia itu adalah jelas bahawa Malaysia mahukan kebaikan dan kemajuan malah Tun Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang masih diperlukan untuk mengelakkan perpecahan.
Penasihat Korporat Sunway Group, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata rakyat sudah mula jemu dengan tindakan menyalahkan banyak pemimpin terdahulu yang amat mengecewakan.
"Kita perlu mengkaji dan menyemak semula, melaksanakan pembaharuan serta bangkit dengan pantas di semua peringkat pembangunan sosio-ekonomi dan politik, manakala kerajaan perlu merancang untuk era masa kini, dan masa depan perlu diberikan teras yang kukuh," katanya.
Ramon, yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, menjelaskan Daim merupakan antara beberapa pemimpin ulung yang boleh memberitahu kerajaan mengenai apa yang perlu dilaksanakan dan didengar.
"Golongan yang merasakan mereka sahaja yang betul dan pelampau perlu diasingkan untuk kita bergerak maju sebagai Malaysia baharu yang lebih bersatu dan progresif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 10 2018
Tokoh wanita ini turut senada dengan kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bahawa kerajaan perlu menghentikan tindakan menyalahkan kerajaan terdahulu. - Gambar fail/BERNAMA
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.