awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUPP, UPP, SPDP dan Teras diminta berkompromi atau guna logo sendiri

Bernama
Bernama
29/02/2016
00:21 MYT
SUPP, UPP, SPDP dan Teras diminta berkompromi atau guna logo sendiri
ADENAN: Saya akan beri guna logo parti hanya kepada ahli-ahli pasukan saya sepertimana dinyatakan Perdana Menteri. - Gambar Fail
Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri Sarawak dan parti serpihan masing-masing diminta menyelesaikan segera pertikaian di antara mereka sebelum menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).
Sekiranya gagal untuk berkompromi di antara satu sama lain, mereka tidak boleh menggunakan logo BN pada pilihan raya itu, demikian tegas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
“Jadi saya akan beri guna logo parti hanya kepada ahli-ahli pasukan saya sepertimana dinyatakan oleh Perdana Menteri.
"Sesiapa yang menentang, terpulang kepada mereka, tetapi mereka tidak boleh guna logo dacing, perlu guna simbol mereka sendiri,” katanya.
Adenan yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bercakap kepada pemberita di sini pada Ahad selepas merasmikan Program Memperkasa Jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 bagi PBB bagi Zon 10.
Zon 10 merangkumi kawasan DUN Nangka, Pelawan, Bukit Assek, Dudong dan Bawang Assan.
Parti komponen yang dimaksudkan itu ialah Sarawak United People’s Party (SUPP) dan serpihannya United People’s Party (UPP) serta Sarawak Progresive Democratic Party (SPDP) dan serpihannya Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).
Parti-parti tersebut masih tidak dapat menyelesaikan pertikaian di antara mereka terutama berhubung kerusi yang hendak ditandingi pada PRN11.
Ditanya mengenai peluang PBB untuk memenangi 40 kerusi yang bakal ditandinginya, Adenan berkata itulah harapan parti pimpinannya itu.
“Dulu (PRN10-2011), PBB berjaya memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandingi. (Kali ini) kita bertanding di 40 kerusi dan kita perlu juga memenangi kesemua kerusi berkenaan,” tegasnya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar dan ADUN Nangka Dr. Annuar Rapa’ee.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Barisan Nasional
#pilihan raya
#PRM Sarawak
#PRN-11
#SPDP
#SUPP
#Teras
#UPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan