awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
Banjir: Mangsa di Pahang dan Sarawak meningkat, Johor menurun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat kaitkan Hishammuddin tawar diri jadi PM palsu

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2021
14:58 MYT
Surat kaitkan Hishammuddin tawar diri jadi PM palsu
Surat palsu yang mengaitkan Hishammuddin menawarkan diri menjadi perdana menteri mula tersebar di media sosial awal malam ini. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Surat yang tersebar di media sosial mendakwa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan diri sebagai sebagai Perdana Menteri adalah palsu.
Menerusi satu ciapan di Twitter, unit komunikasi Hishammuddin menjelaskan surat tersebut berunsur fitnah dan bertujuan mengelirukan pandangan umum.
“Surat yang tersebar yang dikaitkan dengan @Ds HishammuddinH2O adalah palsu dan tidak benar.
“Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum,” kata unit komunikasi Hishammuddin.
Surat yang tersebar yang dikaitkan dengan DS @HishammuddinH2O adalah PALSU dan TIDAK BENAR. Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum. pic.twitter.com/inhJjj6UPk
— #H2OTeam (@H2OComms) June 23, 2021
Kandungan surat itu mendakwa, kononnya Hishammuddin telah memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sekembalinya dari lawatan kerja ke Dubai dan menawarkan diri untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Surat berkenaan antara lain turut menamakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri 2.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Menteri Luar
#Bendahari BN
#Barisan Nasional
#surat
#fitnah
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan