awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
19/09/2023
05:35 MYT
Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan
SYED SADDIQ: Saya dapat pengesahan daripada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan), sebaik saja saya berada di blok ini peruntukan telah ditarik dan dikosongkan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa kerajaan telah menarik balik peruntukan kepadanya sebaik sahaja beliau tidak lagi bersama Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.
Syed Saddiq berkata demikian sebagai respons terhadap Tan Kar Hing (PH - Gopeng) yang mencelah semasa penggulungan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Dewan Rakyat pada Selasa.
Dalam celahannya, beliau meluahkan kembimbangan apabila sentimen tiada peruntukan terus dimainkan sedangkan Kementerian Pendidikan menyalurkan sumbangan kepada sekolah tanpa mengira sentimen politik.
Beliau secara spesifik turut menyebut Muar (Syed Saddiq) dalam celahannya.
Kenyataan itu membuatkan Syed Saddiq terus bangun, membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (6) dan memohon untuk respons terhadap Kar Hing.
“Dalam bab ini, saya dapat pengesahan daripada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan), sebaik saja saya berada di blok ini peruntukan telah ditarik dan dikosongkan.
“Persoalan sama kepada semua Ahli Parlimen pembangkang, yang saya yakin sehingga ke hari ini tidak dapat peruntukan.
"Dalam RM3.8 juta yang semua Ahli Parlimen kerajaan dapat, RM2 juta boleh diperuntukkan untuk bina dewan, baik pulih sekolah dan bantu orang susah.
“Jangan nak tuduh. Persoalan, kenapa Ahli Parlimen kerajaan boleh dapat RM4 juta, pembangkang dapat RM0. Jawab kepada rakyat,” katanya.
Kenapa YB kerajaan boleh dapat RM4 juta, pembangkang RM0 - Syed Saddiq
‘Kekecohan’ tersebut reda selepas Timbalan Speaker, Datuk Ramli Md Nor meminta Menteri Pendidikan meneruskan kembali penggulungan beliau.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#pembangkang
#Kerajaan Perpaduan
#Ahli Parlimen Muar
#peruntukan ditarik balik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan