awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahaluf siyasi: Kerana pentingkan kebendaan, Pas sanggup langgar prinsip - Ku Li

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
14/05/2017
10:39 MYT
Tahaluf siyasi: Kerana pentingkan kebendaan, Pas sanggup langgar prinsip - Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah menempelak Exco Pas yang masih lagi berada dalam Kerajaan Selangor setelah parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menempelak exco Pas yang masih lagi berada dalam kerajaan Selangor setelah parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan pakatan PKR.
Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, disebabkan kepentingan tertentu, tiga Exco itu masih lagi berada dalam kerajaan itu.
"Kalau dia (Pas) putus hubungan politik, tak ada lagi campuran dengan pihak yang sudah dicerai, tetapi oleh kerana kepentingan kebendaan, tidak kira walaupun keputusan itu dibuat di peringkat tertinggi sekalipun, mereka sanggup langgar kerana kepentingan kebendaan tadi.
"Mereka hendak kekal sebagai Exco dan sebagainya dan barangkali membantu pihak yang menubuh kerajaan. Kalau mereka ini keluar dari kerajaan Exco campuran di Selangor, kerajaan itu akan jatuh.
"Jadi jika hendak menjamin supaya Kerajaan tidak jatuh walaupun sudah ada keputusan yang dibuat oleh peringkat tertinggi parti sekalipun mereka sanggup langgar juga. Jadi apa makna dia keputusan tersebut?" katanya kepada media di sini hari ini.
Majlis Syura Ulama Pas pada Khamis sebulat suara mengambil keputusan menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta-merta.
Keputusan itu dibuat sebagai merujuk kepada tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara Pas dan PKR yang terjalin sejak sekian lama.
Topic Berkaitan
#Hubungan politik
#PAS
#PKR
#tahaluf siyasi
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan