awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahniah Onn Hafiz, kini masa untuk bersama bina Johor yang lebih makmur - Hasni

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2022
09:43 MYT
Tahniah Onn Hafiz, kini masa untuk bersama bina Johor yang lebih makmur - Hasni
Hasni berkata, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Tazim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menyeru semua pihak untuk bersama-sama membina Johor yang lebih makmur.
Seruan itu dibuat selepas kemelut pemilihan Menteri Besar Johor ke-19 selesai, dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
"Seperti yang saya telah nyatakan, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim.
"Kini, masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur. Insya-Allah di bawah kepimpinan baharu, Negeri Johor yang kita cintai ini akan menjadi lebih makmur dan sejahtera.
"Tahniah kepada YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor Ke-19," kata Adun Benut itu dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya pada Selasa. KEPUTUSAN PRN JOHOR ADA DI SINI
SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DAN LANTIKAN MB JOHOR BAHARU DI SINI
Onn Hafiz dipilih sebagai Menteri Besar Johor dan upacara mengangkat sumpah telah dilaksanakan di hadapan Sultan Johor. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Pelantikan Onn Hafiz ini menamatkan teka-teki siapa bakal menerajui Johor selepas tiga nama diserahkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Sultan Ibrahim.
Selain Onn Hafiz dan Hasni, media sebelum ini melaporkan Zahid turut menyerahkan nama ADUN Rengit, Datuk Mohd Puad Zarkashi sebagai calon Menteri Besar Johor yang baharu.
Onn Hafiz mencatat kemenangan dengan majoriti 6,543 selepas menewaskan calon Perikatan Nasional, Azlisham Azahar, R.Sangaran (MUDA) dan Sharuddin Md Salleh (Pejuang).
Topic Berkaitan
#Hasni Mohammad
#onn hafiz ghazi
#Johor
#Menteri Besar Johor
#UMNO
#Barisan Nasional
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan