awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas wanita pertama Korea Selatan dijatuhkan hukuman penjara
Ringgit meningkat semula, antara mata wang berprestasi terbaik di Asia - Ahli Ekonomi Bank Dunia
Tiga lelaki didakwa jadi ahli Geng Captain Praba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tajuddin dakwa MIC kemungkinan besar keluar BN November ini

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
21/10/2025
11:54 MYT
Tajuddin dakwa MIC kemungkinan besar keluar BN November ini
Tajuddin mendakwa, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Saravanan ketika majlis sambutan Deepavali di kediamannya pada Isnin. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa MIC berkemungkinan besar akan mengundurkan diri daripada Barisan Nasional (BN) menjelang bulan November ini.
Tajuddin mendakwa, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan ketika majlis sambutan Deepavali di kediamannya pada Isnin, sebelum beliau berkongsi maklumat tersebut melalui video di akaun TikTok miliknya pada Selasa.
“Saravanan ada menyebut kepada saya bahawa MIC sedang mempertimbangkan langkah untuk meninggalkan BN bulan depan.
"Bila saya tanya sebabnya, beliau menjelaskan ada beberapa perkara yang menimbulkan rasa kurang puas hati, tapi saya tak boleh kongsi kerana isu itu sensitif,” dakwanya.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini dilaporkan, menegaskan BN tidak pernah menghalang atau memaksa mana-mana parti komponen untuk kekal bersama gabungan itu, sebaliknya keputusan tersebut bergantung sepenuhnya kepada pendirian parti masing-masing.
Pada Ahad lalu, Saravanan memaklumkan bahawa MIC akan memuktamadkan keputusan mengenai kedudukan parti itu dalam BN ketika Perhimpunan Agung MIC November ini, selain turut meneliti kemungkinan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Dalam pada itu, Tajuddin menyeru kepimpinan MIC agar menilai semula keputusan tersebut, mengambil kira hubungan lama dan peranan besar parti itu dalam BN.
“MIC banyak menyumbang kepada pembangunan negara dan perjuangan politik bersama BN.
"Saya harap mereka berfikir dengan tenang dan mendapat panduan terbaik supaya terus kekal dalam gabungan ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#MIC keluar BN
#Tajuddin Abdul Rahman
#Ahmad Zahid Hamidi
#M Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan