KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil taklimat menerusi pertemuan dengan ketua bahagian di negeri ini beliau melihat parti itu itu masih mempunyai peluang untuk membina kerajaan Perikatan Nasional (PN) semula.
"Tambah keahlian kita seberapa yang mungkin, saya tidak mahu sentuh dasar yang besar. Cawangan sini buka, jangan halang dan disekat.
"Kita nak sampai pilihan raya, kita perlu menggerakkan tenaga yang ada, siapa nak buat kerja kalau di satu bahagian itu ada 40,000 pengundi, mungkin ada 100,000 penduduk tapi kita ada 500 ahli saja," katanya ketika berucap pada Konvensyen Bersatu Sabah di sini pada Ahad.
Beliau berkata, pihak pimpinan perlu bekerja keras untuk mencari keahlian dan ambil peluang daripada perkembangan situasi keahlian parti lain yang kini dilihat menunjukkan kekecewaan pada parti sendiri.
"Saya ingat sejarah waktu mana Bersatu mula ditubuhkan di bawah pimpinan saya di Semenanjung, masuk ke Sabah bersusah payah kita sampai siang malam, pergi pelusuk kampung rumah panjang, pasar malam, bazar Ramadan cari ahli dan mencari ahli bukan mudah.
"Seperti juga di Sabah, di negeri-negeri lain sudah ada orang menjadi ahli-ahli parti politik yang sudah ada. Tapi sekarang ini, saya lihat ada suatu perkembangan yang boleh memberikan faedah kepada kita sama ada di Sabah atau Semenanjung, ramai ahli UMNO sudah kecewa.
"Maksud saya bahawa kita mesti ada suatu matlamat yang jelas supaya kita dapat terus berjuang bina kekuatan, bina parti kita, ahli kita mesti ramai bekerja siang malam, cawangan kita banyak. Kalau dalam tempoh setahun dari sekarang pilihan raya diadakan, kita boleh gandakan bilangan ahli kita yg ada sekarang 50,000 kepada 100,000," katanya.
Sebelum itu, turut hadir ialah Naib Presiden Bersatu merangkap Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 05 2024
![Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714883718_TBMuhyiddin.jpg)
Muhyiddin ketika berucap dalam Konvensyen Bersatu Sabah di Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676964954_wansaifulwanjan.jpg)
Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pertuduhan melibatkan projek Jana Wibawa ke atasnya dilakukan bagi mengalih tumpuan susulan kegagalan Kerajaan menangani masalah rakyat.
![Bersatu junjung kasih perkenan Agong, terus sokong PM, TPM Bersatu junjung kasih perkenan Agong, terus sokong PM, TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81589963780_DatukSeriAhmadFai.jpg)
Bersatu junjung kasih perkenan Agong, terus sokong PM, TPM
Bersatu memohon semua pihak terus menyokong dan memberi kerjasama penuh terhadap pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
![Penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan diputuskan 13 Dis Penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan diputuskan 13 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51480240263_SalahuddinAyub.jpg)
Penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan diputuskan 13 Dis
Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH) dijangka diputuskan pada 13 Dis depan.
![Pakatan Harapan bincang kedudukan PPBM bagi menghadapi PRU-14 - Salahuddin Pakatan Harapan bincang kedudukan PPBM bagi menghadapi PRU-14 - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51480240263_SalahuddinAyub.jpg)
Pakatan Harapan bincang kedudukan PPBM bagi menghadapi PRU-14 - Salahuddin
Agenda utama kini adalah mendapatkan kelulusan bagi penerimaan PPBM sebelum berusaha mendaftarkan lambang yang bakal digunakan PH.