IPOH: Kerajaan Negeri Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Razman Zakaria membabit Tanah Rizab Melayu di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata malah badan berkenaan pernah menjalankan siasatan berhubung isu sama beberapa kali sebelum ini.
Jelasnya lagi, siasatan oleh SPRM itu juga turut melibatkan beberapa dokumen terlibat yang diambil daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri.
“Dalam pengetahuan saya beberapa laporan SPRM telah dibuat sebelum ini dan SPRM telah pun masuk ke PTG dan mengambil fail-fail yang berkaitan.
“Jadi kalau ada laporan baharu dibuat oleh ketua pembangkang (Razman), maka terpulanglah kepada SPRM (untuk menjalankan siasatan).
“Ini kerana kita tak ada masalah dan tidak ada ada apa yang hendak kita sembunyikan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.
Pada majlis itu, Kerajaan Negeri Perak menerima sumbangan 400 ekor lembu yang bernilai RM2.92 juta daripada lima GLC untuk diagihkan ke seluruh negeri bersempena dengan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Antara GLC tersebut ialah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).
Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan tindakan Razman yang membuat laporan kepada SPRM Perak berkaitan isu pengurusan Tanah Rizab Melayu di negeri itu, pada Rabu.
Isu berkenaan membabitkan Tanah Rizab Melayu yang dipercayai dipecah kepada 317 lot dan dijual kepada pihak bukan Melayu dengan harga RM412,800 bagi satu lot di Sitiawan.
Mengulas lanjut, Saarani menegaskan sekali lagi laporan dibuat terhadap kerajaan berhubung perkara itu bukan kali pertama selain berharap semua pihak akan menerima sepenuhnya hasil siasatan SPRM.
“Saya hendak ingatkan bahawa ini bukan kali pertama laporan dibuat (kepada SPRM), sudah berkali-kali (laporan dibuat).
“Dan saya percaya SPRM pun akan melayannya sama sepertimana sebelum ini. Cuma saya harap kepada mereka yang buat laporan kena percaya sepenuhnya kepada (siasatan) SPRM,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Jun 07 2023

Saarani bercakap kepada media selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu. - Foto Astro AWANI

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
#AWANIByte: INNOVATHON bantu inovator mengkomersialkan produk inovasi mereka
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin juara INNOVATHON, NACOTS dapat mengkomersilkan hasil ciptaan mereka jika dipadankan dengan pemain industri yang betul. Pendapatnya disokong Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang menyifatkan INNOVATHON berupaya mempercepatkan pengkomersialan sesuatu inovasi.
AWANI Ringkas: Lima rakan didakwa rompak kilang elektronik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini.

MB Perak kesal video kenyataan isu tanah rizab Melayu dimanipulasi, disebar
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial.

Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak
Kerajaan Selangor sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan mengawal keluasan tanah rizab Melayu sedia ada termasuk melakukan pemantauan secara rapi.

Dakwaan keluasan Tanah Rizab Melayu Selangor menurun adalah fitnah
Juwairiya berkata, keluasan tanah rizab Melayu Selangor berjumlah 160,233.86 hektar (395,946.50 ekar) pada tahun 2013.

Nik Nazmi tunjuk bukti tanah rizab Melayu di Kedah menurun
Jumlah tanah rizab Melayu di Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurun antara tahun 2021 dan 2022.

Tanah Felda perlu diwarta sebagai tanah rizab Melayu - Pengerusi Yayasan Peneroka Negara
Tanah dibimbangi akan bertukar milik kepada pihak lain ekoran banyak tanah di kawasan Felda dibangunkan untuk perumahan dan tujuan komersial.

Tanah rizab Melayu kurang, Pas tuntut penjelasan
Ia susulan fakta yang dikemukakan bekas Ketua Polis Negara itu, bahawa tanah rizab Melayu yang terdapat di seluruh negara hanya tinggal 12 peratus, berbanding 50 peratus sebelum ini.

Tanah rizab Melayu seluruh negara seluas 4 juta hektar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata jumlah tersebut diperoleh melalui Jawatankuasa Pemandu Urusan Data Tanah Rizab Melayu Semenanjung Malaysia.

Teraju, MARA disaran bantu bangunkan tanah rizab Melayu
Presiden Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut boleh menjalankan tugas untuk membangunkan tanah rizab Melayu.