awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangkap saya dahulu sebelum ambil tindakan terhadap Unit Amal - Suhaizan

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2014
00:14 MYT
Tangkap saya dahulu sebelum ambil tindakan terhadap Unit Amal - Suhaizan
SUHAIZAN: Tangkap saya dahulu sebelum ambil tindakan terhadap Unit Amal.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya menangkap beliau terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terhadap Jabatan Amal.
Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya, menegaskan Jabatan Amal berada di bawah tanggungjawab beliau selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia.
"Saya cabar Datuk Seri Zahid Hamidi, jika nak ambil tindakan pada Jabatan Amal, tangkap saya dahulu.
"Jabatan Amal bawah tanggungjawab saya selaku ketua Pemuda PAS Malaysia," tulis beliau.
Semalam, Dr Ahmad Zahid memberi amaran akan mengambil tindakan seperti yang diambil terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang juga akan dikenakan ke atas Unit Amal PAS.
Beliau berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap Unit Amal PAS.
"Tindakan yang sama juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid.
Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan, Suhaizan mendesak Dr Ahmad Zahid memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.
Unit Amal PAS merupakan satu unit di bawah Pemuda PAS yang ditubuhkan pada 1991 dan sering bertindak membantu mengawal peserta demonstrasi anjuran pakatan pembangkang.
Ketika demonstrasi Anti GST di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad 1 Mei lepas, Unit Amal PAS telah bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keadaan dan juga lalu lintas.
Topic Berkaitan
#Suhaizan Kaiat
#Unit Amal
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan