awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Adnan tolak spekulasi motif mesyuarat MT UMNO diawalkan

Bernama
Bernama
22/11/2015
09:27 MYT
Tengku Adnan tolak spekulasi motif mesyuarat MT UMNO diawalkan
TENGKU ADNAN: Semua pihak telah dimaklumkan mengenai tarikh mesyuarat tersebut dan ia diawalkan untuk memberi masa bagi persiapan Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Dis nanti. - Gambar Fail
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak spekulasi berhubung mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadual Selasa ini (24 Nov), sambil menyatakan ia didalangi pihak yang mahu mengeruhkan perpaduan parti.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 Nov memandangkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan kini berada di luar negara.
"Semua pihak telah dimaklumkan mengenai tarikh mesyuarat tersebut dan ia diawalkan untuk memberi masa bagi persiapan Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Dis nanti," katanya kepada media selepas Program Berkhatan Perdana Wilayah Persektuan di sini hari ini.
Mengenai kertas siasatan oleh Lembaga Disiplin berhubung beberapa pemimpin parti, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata siasatan masih berjalan dan apabila siap, laporannya akan diserah kepada MT untuk membuat keputusan.
"Terserah kepada MT untuk mengambil tindakan atau tidak... ia hanya khabar angin," katanya.
Topic Berkaitan
#majlis tertinggi
#Muhyiddin Yassin
#Shafie Apdal
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan