awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu adakan PRN pada Mac atau Mei

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2023
21:45 MYT
Terengganu adakan PRN pada Mac atau Mei
Ariffin (kanan) menerangkan buku Alami Keindahan Terengganu yang dilancarkan kepada penarik beca pada Majlis Pelancaran Kalendar Acara Tahunan 2023 Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, 5 Jan 2023. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sama ada pada bulan Mac atau Mei nanti.
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Terengganu, Ariffin Deraman berkata, tarikh sebenar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) belum diputuskan namun beberapa perbincangan sudah diadakan.
“Kita tengok ada beberapa masa yang sesuai, antaranya ialah pada Mac selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selesai dan satu lagi adalah pada bulan Mei iaitu selepas Hari Raya Puasa.
“Saya yakin PRN tidak akan sampai sehingga Jun walaupun tempoh sebenar akan tamat pada bulan Julai dan buat masa sekarang, dua pilihan ini merupakan tempoh masa terbaik untuk kita adakan PRN,” katanya.
Beliau yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kalendar Acara Tahunan Terengganu 2023 Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu (COE 2023) di Hotel Paya Bunga di sini, pada Khamis.
Menurut Ariffin, perbincangan pembahagian kerusi melibatkan parti di bawah PN juga sedang diadakan sebagai persediaan menghadapi PRN dan perkara tersebut akan diumumkan selepas keputusan muktamad dicapai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat itu juga optimis bahawa PN dapat mengulangi kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lepas.
“Sasaran kita adalah memenangi semua 32 kerusi DUN,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN Terengganu
#Ariffin Deraman
#bubar DUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan