awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Monsun Timur Laut: NRES fokus tingkat sistem amaran awal bencana
Krisya perkemas teknik nyanyian, sedia tampil karya baharu
Buka pusat khidmat bukan tanda tandingi kerusi Parlimen Padang Serai - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terima kasih atas kepercayaan, mohon maaf jika ada kesilapan' - Ka Siong

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2021
10:10 MYT
'Terima kasih atas kepercayaan, mohon maaf jika ada kesilapan' - Ka Siong
Ka Siong berkata beliau sudah melakukan yang terbaik untuk kementerian dan memohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang memikul tugas diamanahkan itu. - Gambar/ Facebook @Wee Ka Siong
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Pengangkutan (MOT) yang banyak membantunya sepanjang menjadi Menteri Pengangkutan sejak 11 Mac tahun lalu.
Ujarnya, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk kementerian dan memohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang memikul tugas diamanahkan itu.
"Memegang portfolio besar di MOT di saat berdepan pandemik COVID-19 pastinya sukar namun dengan semangat kerja berpasukan di sini, ia berjalan lebih lancar dalam usaha menjadikan industri pengangkutan kekal bertahan. Saya gembira dapat bekerja bersama pasukan dalam MOT walaupun berdepan dengan keadaan serba mencabar.
"Saya sudah berusaha melakukan yang terbaik. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada kekurangan selama 1 tahun, 5 bulan, 5 hari saya memikul tanggungjawab di MOT," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Isnin.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, melantik beliau 'caretaker' PM
Sumber Facebook wksbmenglish
Beliau berharap warga MOT terus maju jaya dan berjaya menjadikan ‘Pengangkutan Mampan Nadi Pembangunan Negara’. Dalam masa sama, penghargaan turut diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN). "Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memberi kepercayaan dan amanah kepada saya untuk memikul tanggungjawab di MOT. Terima kasih juga buat rakan-rakan Kabinet yang selama ini turut bersama-sama berganding bahu memulihkan negara dan membela nasib rakyat. "Semoga kita dapat melalui waktu sukar ketika ini dan mengecapi kehidupan yang lebih baik di masa akan datang," ujarnya.
Ikhtiar saya tidak berhasil, ada pihak rakus rebut kuasa. - Muhyiddin
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin. Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan PN. Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Topic Berkaitan
#Wee Ka Siong
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#letak jawatan
#Kementerian Pengangkutan
#Barisan Nasional
#ahli Parlimen
#mohon maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan