awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: GRS umum empat lagi calon, bekas pensyarah kanan di Tamparuli

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/11/2025
04:15 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: GRS umum empat lagi calon, bekas pensyarah kanan di Tamparuli
Hajiji ketika ditemui media selepas Majlis Penutupan Hari Sukan dan Sambutan Hari Keluarga UPPM Parlimen Tuaran, di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
TUARAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan empat lagi calon yang bakal bertanding mewakili gabungan tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, melengkapkan keseluruhan 55 kerusi.

Ringkasan AI
  • Empat calon tambahan GRS mewakili DUN Tamparuli, Kukusan, Bingkor, dan Sebatik ditentukan untuk PRN Sabah ke-17.
  • Profesor Madya Bonaventure Boniface akan bertanding di Tamparuli, menggantikan Datuk Jahid Jahim yang tidak dicalon semula.
  • Ketua Bahagian Kukusan PHRS, Samsiah Usman bertanding di Kukusan, manakala Rafie Robert calon untuk DUN Bingkor dan Datuk Hassan A Gani Pg Amir akan pertahankan kerusi Sebatik.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia masing-masing melibatkan kerusi DUN Tamparuli, Kukusan, Bingkor dan Sebatik.
Menurut beliau, Profesor Madya Bonaventure Boniface yang merupakan bekas pensyarah kanan dipertaruhkan di kerusi DUN Tamparuli.
“Apa yang berlaku kita hadapi sebagai cabaran. Kita akan pastikan kemenangan beliau di Tamparuli,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Hari Sukan dan Sambutan Hari Keluarga UPPM Parlimen Tuaran, di sini hari ini.
Bonaventure menggantikan penyandang, Datuk Jahid Jahim yang memenangi kerusi itu pada PRN lalu dengan 6,843 undi.
Jahid yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), merupakan antara menteri Kabinet Sabah yang tidak dicalonkan semula.
Sementara itu, Hajiji ketika ditemui media memaklumkan Ketua Bahagian Kukusan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) Samsiah Usman akan bertanding di DUN Kukusan.
Kerusi DUN Kukusan disandang oleh Datuk Rina Jainal yang menang atas tiket Parti Warisan (Warisan) pada PRN16, dengan 2,834 undi.
Semalam, PHRS menggantung keahlian dan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Rina, berkuatkuasa serta-merta.
Bagi kerusi DUN Bingkor pula, gabungan itu mencalonkan Rafie Robert Tawik yang merupakan Setiausaha Pemuda GRS Pusat.
Sementara itu, Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu menambah, Datuk Hassan A Gani Pg Amir akan bertanding di DUN sebatik, sekali gus mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRN lalu.
Semalam, Hajiji mengumumkan senarai 51 calon GRS, dengan sekitar 33 peratus adalah muka baharu.
GRS terdiri daripada enam parti komponen, iaitu Gagasan Rakyat; Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO); PHRS; Parti Liberal Demokratik (LDP); Parti Bersatu Sabah (PBS); serta Parti Cinta Sabah (PCS).
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#GRS
#DUN Tamparuli
#Hajiji Noor
#Bonaventure Boniface
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan