[TERKINI] Pasca PRN Sabah: 10 ADUN angkat sumpah Jemaah Menteri, ADUN BN antara yang dilantik
![[TERKINI] Pasca PRN Sabah: 10 ADUN angkat sumpah Jemaah Menteri, ADUN BN antara yang dilantik [TERKINI] Pasca PRN Sabah: 10 ADUN angkat sumpah Jemaah Menteri, ADUN BN antara yang dilantik](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-12/61764575166_JemaahMenteriSabah.jpg)
Majlis Angkat Sumpah Ahli Jemaah Menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mengangkat sumpah menganggotai Ahli Jemaah Menteri baharu Sabah selepas dipilih sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17.
Ringkasan AI
- 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah angkat sumpah menjadi Ahli Jemaah Menteri baharu selepas PRN ke-17, dengan 7 ADUN mewakili Gabungan Rakyat Sabah dan masing-masing 1 wakil dari PH, UPKO, dan BN.
- Datuk Jafry Ariffin dari BN dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Sabah, majlis tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.
- Kerajaan GRS pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti sebanyak 29 kerusi, menyusuli beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17 pada awal pagi Ahad di Istana Seri Kinabalu.
BN yang dilantik menganggotai barisan Jemaah Menteri ialah Datuk Jafry Ariffin, yang merupakan ADUN Sukau.
Majlis Angkat Sumpah Ahli Jemaah Menteri Baharu Sabah dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.
Kerajaan GRS pimpinan Hajiji melepasi majoriti mudah membentuk kerajaan negeri dengan komposisi semasa melibatkan GRS sebanyak 29 kerusi, Bebas (5), UPKO (3), Pakatan Harapan (PH) (1), Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1) dan STARSABAH (2).
Pada awal pagi Ahad, Hajiji kembali menerajui pentadbiran negeri Sabah selepas secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-17.
Hajiji, 70, mengangkat sumpah di hadapan Tun Musa dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, kira-kira 3 pagi.
BERIKUT SENARAI 10 ADUN ANGKAT SUMPAH AHLI JEMAAH MENTERI BAHARU SABAH:
1. Datuk Seri Joachim Gunsalam (GRS)
2. Datuk Seri Masidi Manjun (GRS)
3. Datuk Ewon Benedick (UPKO)
4. Datuk Arifin Ariff (GRS)
5. Datuk Jamawi Jaafar (PH)
6. Datuk Rubin Balang (GRS)
7. Datuk James Ratib (GRS)
8. Datuk Jafry Ariffin (BN)
9. Datuk Julita Mojungki (GRS)
10. Datuk Nizam Titingan (GRS)
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Sabah? A: Seramai 10 ADUN telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Sabah.
- Q: Siapakah yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam barisan Jemaah Menteri yang dilantik? A: Datuk Jafry Ariffin, ADUN Sukau, dilantik menganggotai barisan Jemaah Menteri bagi pihak Barisan Nasional (BN).
- Q: Apakah komposisi kerajaan negeri Sabah selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Jemaah Menteri Baharu? A: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor mempunyai majoriti dengan komposisi 29 kerusi GRS, 5 Bebas, 3 UPKO, 1 Pakatan Harapan (PH), 1 Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), dan 2 STARSABAH.
- Q: Bilakah Datuk Seri Hajiji Noor secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-17? A: Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-17 Sabah pada awal pagi Ahad di Istana Seri Kinabalu sekitar jam 3 pagi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


