[TERKINI] PRN Sabah: GRS beri komitmen pertingkat hasil Sabah, pulangan dana pendidikan untuk rakyat
![[TERKINI] PRN Sabah: GRS beri komitmen pertingkat hasil Sabah, pulangan dana pendidikan untuk rakyat [TERKINI] PRN Sabah: GRS beri komitmen pertingkat hasil Sabah, pulangan dana pendidikan untuk rakyat](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/51763498732_GRS.jpg)
Armizan menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera Muda N.71 Tanjung Batu sempena PRN Sabah ke-17 di Perkarangan Pejabat Parti Gerakan Rakyat Sabah Tanjung Batu malam tadi. --fotoBERNAMA
TAWAU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berikrar untuk memberikan komitmen penuh, memperkukuh kesatuan dan menumpukan perhatian kepada pelaksanaan tugas bagi memastikan hasil negeri meningkat sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkomitmen memperkukuh kesatuan dan memfokuskan perhatian pada pelaksanaan tugas untuk meningkatkan hasil negeri jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
- Kerajaan GRS berjaya meningkatkan peruntukan dana pendidikan Sabah dari RM50 juta kepada RM136 juta, menunjukkan peningkatan lebih daripada 100 peratus, namun peruntukan ini masih tidak mencukupi dan sasaran pendapatan Sabah dijangka cecah RM10 bilion menjelang tahun 2030.
- Armizan Mohd Ali, Timbalan Setiausaha Agung GRS, menyeru agar hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dijaga baik serta menegaskan bahawa sentimen anti-Semenanjung perlu ditolak kerana merugikan rakyat; beliau juga meminta pengundi di Tanjung Batu memilih calon GRS, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal, yang merupakan anak muda dan doktor perubatan.
"Namun, peruntukan ini masih tidak mencukupi, masih ramai lagi anak-anak kita yang memerlukan tetapi inilah yang cuba diusahakan, sasaran kita menjelang tahun 2030 paling kurang pendapatan Sabah akan mencecah kadar RM10 bilion," katanya.
Armizan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera GRS Tanjung Batu, di sini, malam tadi.
Beliau juga berkata, hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah hendaklah sentiasa dipelihara dengan baik selain menolak sentimen anti-Semenanjung yang dimainkan oleh sesetengah pihak kerana ia merugikan rakyat.
"Ingat, Persekutuan itu juga adalah sebahagian daripada kita, Kerajaan Persekutuan itu juga adalah milik kita, Malaysia itu juga milik kita, yang penting sebagaimana dalam manifesto GRS, kita mahu mewujudkan GRS ini sebagai satu wadah, platform gabungan kepada parti-parti tempatan," katanya.
Menjelang PRN Sabah ke-17, Armizan meminta pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu agar memilih calon GRS iaitu Dr Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal, yang merupakan anak muda dan doktor perubatan serta pengarah hospital.
"Hal ini mengambarkan citra keterbukaan yang jujur di pihak GRS untuk membawa semua segmen masyarakat bukan hanya menyertai sebagai ahli tetapi diberikan peranan yang bersesuaian dengan kepakaran, mereka diberikan tempat untuk berada di barisan hadapan sebagai calon dan seterusnya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kelak," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov sebagai hari pengundian manakala undi awal pada 25 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
N71: TANJUNG BATU: SABAH: 27,428
1. Ayuf Abdul Rahman (Warisan)
2. Ahmad Dullah (PN-PAS)
3. Samasuddin Yusop (BN-UMNO)
4. Zanudin Mingo (PIS)
5. Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal (GRS-Gagasan Rakyat)
(2020: Andi Muhammad Suryady Bandy: BN-UMNO: Maj: 2,123)
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

