awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Rahman Dahlan tarik diri daripada bertanding di Tempasuk

Assim Hassan
Assim Hassan
12/11/2025
10:50 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Rahman Dahlan tarik diri daripada bertanding di Tempasuk
Bung Moktar mengesahkan keputusan Abdul Rahman untuk menarik diri. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
  • Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mengesahkan keputusan Rahman untuk menarik diri tanpa memberikan sebab yang jelas.
  • Azwan Norjan, Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, akan menggantikan Rahman sebagai calon BN di kerusi DUN Tempasuk.

Perkara itu disahkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kepada Astro AWANI.
Bung Moktar berkata, beliau dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi BN, mengenai perkara itu.
“Bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan mengenai alasan beliau (Rahman) menarik diri daripada bertanding,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerusi DUN Tempasuk akan diisi oleh calon baharu iaitu Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan.
Pada 9 November lalu, BN mengumumkan Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud akan mewakili parti itu di kerusi DUN Tempasuk.
Pada PRN Sabah 2020, DUN Tempasuk dimenangi Mohd Arsad Bistari daripada BN dengan majoriti 1,685 undi dalam saingan enam penjuru.
Mohd Arsad kemudian memutuskan untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor pada Langkah Kinabalu 2023 dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah 2025
#Abdul Rahman Dahlan tarik diri
#Bung Moktar Radin
#calon BN PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan