KUALA LUMPUR:Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada asas untuk Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan mana-mana pemimpin kerajaan mengugut ahli-ahli Parlimen meluluskan Belanjawan 2021 dengan alasan penjawat awam dan petugas barisan hadapan tidak akan menerima gaji, pencen dan elaun.
Dr Mahathir berkata berdasarkan pengalamannya sebagai perdana menteri pada 1999, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
“Semasa saya menjadi Perdana Menteri pada 1999, Belanjawan 2000 yang telah dibentangkan pada bulan Oktober tidak diteruskan perbahasannya kerana Parlimen telah dibubarkan pada November tahun itu untuk pilihan raya umum ke-10 diadakan.
“Setelah pilihan raya selesai, kerajaan dengan mandat baharu telah mendapat kelulusan Dewan Rakyat untuk peruntukan awal bagi perbelanjaan kerajaan untuk dua atau tiga bulan sementara menunggu Persidangan Khas Belanjawan diadakan pada Februari 2000.
“Peruntukan awal tersebut memastikan perbelanjaan pentadbiran tidak terganggu dan gaji, pencen serta elaun penjawat awam tidak terjejas.
"Ia juga termasuk pembayaran untuk peruntukan-peruntukan tambahan yang lain sama ada untuk kementerian-kementerian ataupun untuk memudahkan kehidupan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tegas Ahli Parlimen Langkawi itu, Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bertujuan menekan ahli-ahli Parlimen lain untuk meluluskan Belanjawan 2021 walaupun ia merupakan "belanjawan yang banyak kekurangan dan keburukannya."
“Kenyataan itu secara langsung bertujuan mengekang ahli-ahli Parlimen dari melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan Belanjawan itu adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan politik parti yang memerintah.
“Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan dan pemimpin kerajaan yang lain, jika Belanjawan itu ditolak, rakyat dan penjawat awam akan menderita akibat dari sikap ahli-ahli Parlimen yang menolak Belanjawan 2021.
“Jika itulah pendirian Menteri Kewangan dan pemimpin kerajaan, ia bermakna ahli-ahli Parlimen perlu memberi ‘blank cheque’ dan menyokong untuk kelulusan Belanjawan itu walaupun terdapat kecacatan yang nyata dalam Belanjawan tersebut,” katanya.
Beliau berharap Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan berhenti mengeluar kenyataan yang tidak berasas yang menakutkan rakyat semata-mata demi kelangsungan politik mereka.
BACA: Kenyataan Menteri Kewangan hambar, berbaur ugutan - Anwar Ibrahim
Pada 14 November lalu, Tengku Zafrul berkata kerajaan tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi COVID-19 sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.
Pada 6 November lalu, Tengku Zafrul membentangkan Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM322.5 bilion.
Isabelle Leong
Fri Nov 20 2020

DR MAHATHIR: Saya berharap Menteri Kewangan dan pemimpin-pemimpin Kerajaan yang di dalam keresahan kehilangan kuasa berhenti dari mengeluar kenyataan yang tidak berasas, yang menakut-nakutkan rakyat semata-mata untuk kelangsungan politik mereka.

Aktiviti belian pacu dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46.
COP28: Climate resilience in the built environment & communities
Explore climate resilience in the built environment and communities at COP28 in Dubai. Join discussions led by key speakers, including Rais Imran, Chief Strategy Officer of UEM Edgenta, and Fadi Nwilati, Chief Executive Officer of Kaizen AMS. Gain insights into strategies for building resilience against climate challenges in both urban spaces and communities. Don't miss this opportunity to engage with experts and contribute to the discourse on creating sustainable and resilient environments.
AWANI Ringkas: Setahun kepimpinan Kerajaan Madani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga
Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam.

Cuaca di Siberia jatuh -58 darjah celcius
Yakutsk, salah satu bandar paling sejuk di dunia yang terletak kira-kira 5,000 kilometer timur Moscow, diselubungi awan beku dan kabus.

Israel dakwa berjaya kepung Khan Younis
Israel juga menyifatkan ia sebagai hari pertempuran paling sengit dalam lima minggu operasi darat terhadap pejuang Hamas.

Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
Zayn Rayyan Abdul Matiin kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Flat Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya.

Gandingan Hon Jian-Muhammad Haikal mampu kekal lama – Wooi Yik
Pencapaian dilakar Hon Jian dan Muhammad Haikal dalam kejohanan di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das merupakan permulaan baik bagi mereka untuk kekal bersama.

Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Niaga AWANI: COP28: Transformasi sistem makanan, depani perubahan iklim
Sekuriti makanan dan perubahan iklim saling berkait rapat. Ia meliputi sistem rantaian makanan termasuk pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan penggunaan serta hubungkait dengan sekuriti makanan dan mitigasi perubahan iklim, ke arah makanan yang sihat dan selamat, di masa akan datang.

Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.

Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.

'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.

Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.

Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai 'gagal.'

PRU15: GTA pertaruh calon di 121 kerusi Parlimen
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali akan mencuba nasib di kerusi parlimen Rantau Panjang.

Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM
Ia dikemukakan oleh Pasukan Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 30 September dan 7 Oktober lalu

Kerajaan pimpinan GTA hormat undang-undang, pemimpin bebas dari jenayah - Tun M
Tun M berpandangan GTA merupakan alternatif bagi pengundi yang sudah muak dengan UMNO dan BN.

Permusuhan golongan miskin dan kaya boleh jadi rusuhan berdarah jika dibiarkan - Tun M
Dr Mahathir berkata, perlu ada affirmative action untuk mengurangkan jurang pendapatan rakyat miskin dan kaya, seperti Dasar Ekonomi Baharu.