awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada halangan anak bekas Timb Presiden MIC sertai Warisan - Vigneswaran

Bernama
Bernama
15/01/2022
09:49 MYT
Tiada halangan anak bekas Timb Presiden MIC sertai Warisan - Vigneswaran
MIC tidak membantah langkah bekas anggota jawatankuasa kerja pusat parti itu selama dua penggal, Datuk Seri S.Sunther, untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan), kata Presidennya Tan Sri S.A. Vigneswaran. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: MIC tidak membantah langkah bekas anggota jawatankuasa kerja pusat parti itu selama dua penggal, Datuk Seri S.Sunther, untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan), kata Presidennya Tan Sri S.A. Vigneswaran.
Beliau berkata Sunther, anak bekas Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam, telah bertemu dengannya untuk memberitahu mengenai pelawaan menyertai parti dari Sabah itu.
"Saya tidak ada apa-apa tentangan ataupun any objection untuk beliau meneruskan bidang politik dalam Warisan, malah saya berterima kasih kepada beliau kerana telah mengambil masa dan berjumpa dengan saya.
"... perjumpaan berlangsung selama setengah jam, dan saya ucapkan 'all the best' kepada beliau dalam parti Warisan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) 2022 hari ini.
Tiga hari lepas media melaporkan Sunther telah menyertai Warisan dan akan bertanding di atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang kerana percaya kepada visi dan hala tujunya.
Sementara itu merujuk kepada kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy baru-baru ini, Vigneswaran berkata antara perkara yang dibincangkan adalah usaha bagi memantapkan pasukan penyelamat negara dalam menghadapi bencana alam.
Vigneswaran, Duta Khas ke Asia Selatan berkata India mempunyai pasukan penyelamat yang terbesar serta diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memandangkan negara itu sering mengalami bencana alam.
Selain itu katanya antara perkara lain yang dibincangkan adalah cara-cara bagi memantapkan lagi hubungan dua hala antara dua negara.
Mengenai majlis penyerahan cek hari ini, Vigneswaran yang juga pengerusi MIED berkata, kira-kira 230 pelajar telah menerima biasiswa dan pinjaman berjumlah lebih RM2.6 juta daripada institut itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIC
#anak bekas timbalan presiden
#S Sunther
#S A Vigneswaran
#Warisan
#S Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan