awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada halangan untuk sesiapa tubuh parti baharu - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
14/07/2015
03:31 MYT
Tiada halangan untuk sesiapa tubuh parti baharu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan tiada halangan untuk sesiapa menubuhkan parti baharu. - Gambar Fail
Negara ini adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan tiada halangan untuk sesiapa menubuhkan parti baharu, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata jadi terserah kepada sesiapa yang merasakan perlu ada parti baharu.
"Kita tidak boleh campur ataupun menghalang sesiapa yang berminat untuk menubuhkan parti baharu dan sebagainya. Bagaimanapun, penubuhan parti baharu itu terserah kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk meluluskan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan PAS semalam melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu, yang dikatakan bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.
Pengerusi jawatankuasa penaja pergerakan itu ialah Mohamad Sabu dan antara anggota jawatankuasa interim ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Topic Berkaitan
#Gerakan Harapan Baharu
#ikhlas
#Ismail Sabri
#Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan