awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada mesyuarat agung, anggota PPBM buat laporan kepada RoS

Bernama
Bernama
01/11/2017
14:07 MYT
Tiada mesyuarat agung, anggota PPBM buat laporan kepada RoS
Sehingga tarikh akhir tempoh 12 bulan selepas penubuhan, PPBM tidak mewartakan penyata kewangan yang telah disahkan, rekod pihak pemberi dana dan jumlah dana disumbangkan parti komponen Pakatan Harapan lain.
Beberapa pimpinan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor, hari ini membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung kegagalan parti itu mengadakan mesyuarat agung sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun pusat.
Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, parti itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan selewat-lewatnya 9 Sept lepas, iaitu dalam tempoh setahun selepas penubuhan parti.
"Setakat ini, kepimpinan PPBM telah mengadakan satu perhimpunan di Muar tetapi ia hanyalah sambutan hari jadi dan bukan mesyuarat agung seperti dikehendaki," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu, di sini hari ini.
Arjuna Putra berkata dokumen yang diserahkan kepada RoS termasuk 358 aduan bertulis yang diterima daripada tujuh bahagian - Bakri, Kluang, Sembrong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang dan Batu Pahat.
Menurutnya isu itu telah beberapa kali diusulkan kepada kepimpinan parti, namun tiada tindakan diambil setakat ini.
Arjuna Putra berkata kegagalan mengadakan mesyuarat agung menyebabkan anggota akar umbi tidak mempunyai platform untuk menyuarakan pendapat selain tidak mengetahui status kewangan parti.
"Sehingga tarikh akhir tempoh 12 bulan selepas penubuhan, pihak PPBM tidak mewartakan penyata kewangan yang telah disahkan, rekod pihak pemberi dana dan berapakah jumlah dana disumbangkan oleh parti komponen Pakatan Harapan lain khususnya DAP.
"Berdasarkan aduan rasmi, dikatakan kemungkinan jumlah yang besar telah ditaja oleh DAP dalam melaksanakan pelbagai program PPBM sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan juga pusat," katanya.
Selain itu, Arjuna Putra berkata beliau turut membuat aduan berkaitan isu pendaftaran keahlian PPBM tanpa persetujuan penama yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arjuna Putra Ali
#DAP
#Jabatan Pendaftar Pertubuhan
#Johor
#Mesyuarat Agung Tahunan
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#penyata kewangan
#PPBM
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan